Jumaat, 31 Januari 2014

Lagi bot karam, kali ini di Kabong

KABONG: Seorang dikhuatiri lemas manakala lima lagi selamat dalam insiden terbaharu bot karam di muara Sungai Seblak di sini lewat petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kira-kira pada jam 6.54 petang yang mengatakan sebuah bot karam akibat dipukul ombak ketika memancing.

Sumber : Read more: http://www.theborneopost.com/2014/01/31/lagi-bot-karam-kali-ini-di-muara-sungai-seblak-kabong/#ixzz2rz6Wvfbk


Khamis, 30 Januari 2014

Tindakan memainkan isu agama sekadar gimik politik pihak tertentu, kata Fadillah

KUCHING: Sarawak aman dan tidak menghadapi sebarang isu agama seperti mana berlaku di Semenanjung Malaysia.

Demikian ujar Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof ketika diminta mengulas mengenai isu kalimah ‘Allah’ yang digunakan dalam upacara keagamaan, lagu-lagu dan bahan cetakan penganut Kristian di sini.

“Ketua Menteri dan Menteri Muda Hal Ehwal Islam telah memberi jaminan bahawa tidak ada isu selagi negeri itu adalah Sarawak,” ujarnya masingmasing merujuk kepada Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Datuk Daud Abdul Rahman.

Fadillah berkata, rakyat Sarawak sememangnya dikenali sebagai toleran dan tidak pernah menganggap perkara tersebut sebagai satu isu.

“Alkitab yang ditulis dalam bahasa Melayu di Sarawak tidak pernah menjadi isu pun.  Kita sentiasa menerimanya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika majlis penyampaian sumbangan Tahun Baharu Cina kepada 100 penerima terdiri daripada warga emas masyarakat Cina di Dewan SUPP di Sungai Tengah, Matang di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi SUPP Cawangan Tupong, Kapitan Chin Foh Shaw.

Mengulas mengenai dakwaan bahawa Barisan Nasional (BN) Sarawak akan mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang jika isu tersebut tidak diselesaikan, Fadillah berkata ia sekadar gimik politik.

“Orang mahu bermain dengan sentimen, iaitu mewujudkan perasaan sakit hati bagi menentang kerajaan,” tambah Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya.

Fadillah memberi jaminan, sebagai Pengerusi Pemuda BN Negeri, beliau akan berjuang untuk mengekalkan hubungan yang stabil, aman dan harmoni di kalangan kumpulan etnik dan agama di negeri ini.

“Itu adalah perkara yang paling penting.  Kita mesti melindungi Sarawak.  Kestabilan dan hubungan harmoni di antara rakyat adalah kunci untuk berjaya di sini,” tegasnya.

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/01/29/rakyat-sarawak-memang-toleran/#ixzz2rnyPdbaB


Rabu, 29 Januari 2014

Penubuhan polis Syarie cubaan bebankan polis, kata bekas KPN

Penubuhan Unit Polis Syarie melalui kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah cubaan untuk menambahkan beban kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Tan Sri Musa Hassan
bekas Ketua Polis Negara
Musa berkata, apa yang lebih diperlukan sekarang ini adalah pasukan polis bantuan kerana proses penguatkuasaan dan perundangan Islam sememangnya dipikul oleh pihak berkuasa agama di peringkat negeri.
"Penubuhan unit itu sebagai satu cubaan menambah beban dan tekanan kepada polis sedangkan tanggungjawab sedia ada masih belum terlaksana," katanya kepada The Malaysian Insider.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustafa sebelum ini berkata, penubuhan Unit Polis Syarie akan dimuktamadkan selepas perbincangan mengenai skop tugas dan bidang kuasanya selesai tidak lama lagi.
Beliau berkata, perbincangan antara Jakim, KDN dan PDRM akan dijalankan dalam masa terdekat bagi menubuhkan unit itu secara berperingkat.
Musa berkata, polis sememangnya memberi bantuan kepada jabatan agama Islam negeri apabila diperlukan dan apa yang dikehendaki oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah unit polis bantuan dan bukannya polis syarie.
“Jika untuk membantu polis, sekarang ini pun mereka bantu. Kalau disebut polis bantuan, tidak mengapa.
“Ini bermakna jika diwujudkan polis bantuan di bawah jabatan agama Islam. Setiap negeri akan ada. Bukan polis biasa,” katanya.
Ahmad Zahid pada Isnin berkata, penubuhan Unit Polis Syarie bertujuan membantu pihak berkuasa agama negeri untuk menangani ajaran sesat.
Katanya, penubuhan unit itu bukan bertujuan mengambil alih kuasa jabatan agama negeri sebaliknya hanya membantu proses penguatkuasaan undang-undang.
"Tujuan Jakim dan KDN tubuhkan polis syarie adalah untuk membantu pihak berkuasa negeri dalam penguatkuasaan undang-undang terutamanya menangani ajaran sesat dan juga beberapa perbuatan jenayah syarie," katanya.
Ahmad Zahid berkata, Jakim dengan kerjasama kerajaan negeri hanya bertindak sebagai penyelaras bersama PDRM.
"Kalau diminta pihak berkuasa negeri kita akan laksanakan. Selama ini jabatan agama mungkin minta tolong polis, sekarang ini kita ada polis khas," katanya.
Ahmad Zahid berkata, KDN akan mendapat persetujuan Jakim untuk menubuhkan unit itu, yang antara lain, akan mempunyai anggota polis berkelulusan ijazah dan sarjana untuk ditempatkan di Jakim namun tarikh pelaksanaannya belum ditetapkan.
"Umat Islam di Malaysia kini berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya penggunaan kalimah Allah oleh Kristian, fahaman Syiah, ajaran sesat dan tuntutan keterlaluan oleh Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango),” katanya.
Musa berkata, polis adalah sebuah agensi di bawah kerajaan persekutuan dan penguatkuasa agama boleh menjalankan penguatkuasaan berdasarkan enakmen agama Islam negeri.
“Polis merupakan satu agensi di bawah kerajaan persekutuan. Manakala undang-undang Syariah adalah di bawah kuatkuasa pentadbiran negeri.
“Kebiasaannya kita mempunyai penguatkuasa jabatan agama Islam. Itu sahaja. Tidak perlu polis Syariah. Ia juga tertakluk kepada sultan,” katanya.
Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari sebelum ini membidas cadangan Ahmad Zahid itu dan berkata, penubuhan Unit Polis Syarie adalah bukan tanggungjawab polis sebaliknya polis perlu memberi lebih fokus kepada menjaga ketenteraman awam.
Tun Dr Mahathir Mohamad semalam turut menolak cadangan penubuhan unit itu kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah umat Islam di Malaysia.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, Islam juga tidak memaksa umatnya untuk melakukan sesuatu ibadah dan apa yang paling penting adalah kepercayaan dan keimanan.
"Tidak ada paksaan dalam Islam. Janganlah kita jadikan agama Islam agama 'Police State’,” katanya. – 29 Januari, 2014.

Bekas Mufti: Islam larang serang di rumah ibadat

Pendakwah popular, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam melarang umatnya menyerang ataupun berbunuhan di dalam rumah ibadat walaupun kerana berbeza agama.
Pada Isnin, ketika pertikaian berhubung kalimah Allah masih terus diperdebatkan, insiden serangan dua bom buatan sendiri molotov cocktail di sebuah gereja Pulau Pinang mengejutkan negara.
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
"Dalam peperangan agama tidak benarkan iaitu antara ciri peperangan Islam, tidak boleh dibunuh mereka yang sedang beribadat dalam rumah ibadat," katanya kepada The Malaysian Insider ketika diminta mengulas tentang isu serangan terbaru tersebut.
Bekas mufti Perli yang juga menetap di Pulau Pinang itu berkata, alasan untuk menyerang kerana kain rentang provokasi yang dipasang di hadapan gereja adalah tidak wajar dan umat Islam perlu bersikap adil.
"Saya harap orang Islam bersifat adil dalam hal ini.
"Walaupun digantung kain rentang tersebut, dalam peperangan Islam tidak benar musnahkan tempat ibadat," katanya.
Insiden serangan di gereja Pulau Pinang dikhuatiri mempunyai kaitan dengan kain rentang bertulis “Allah is great, Jesus is the son of Allah” yang digantung di luar gereja di Lebuh Farquhar, Sungai Pinang, Pulau Tikus dan Gelugor.
Mohd Asri turut mengecam keras pihak yang tidak bertanggungjawab menyerang gereja tersebut dan ia adalah suatu dosa besar daripada pandangan Islam.
"Sesiapa yang baling, serang rumah ibadat orang lain dengan rasa ia semangat agama, sebenarnya dia melakukan dosa yang besar," katanya.
Mengenai beberapa siri demonstrasi ganas yang didalangi kumpulan pendesak Melayu pro-Umno, Mohd Asri berkata, beliau menghormati hak untuk berhimpun tetapi menasihatkan mereka yang terbabit jangan sehingga mencetuskan provokasi.
"Demonstrasi adalah hak untuk manusia meluahkan rasa, mungkin kita boleh bersetuju, selagi aman tidak apa.
"Tetapi kita tidak boleh sehingga memusnahkan rumah ibadat orang lain, sesiapa yang melakukan adalah berdosa besar," katanya.
Sementara itu, Mohd Asri berkata, beliau bimbang  dengan provokasi yang dicetuskan oleh pihak tertentu di negeri tersebut sehingga menyebabkan orang awam menjadi mangsa.
"Saya bimbang pihak yang mencetuskan provokasi ini mempengaruhi orang awam dan akhirnya menjejaskan keselamatan," katanya.
Gereja Church of the Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang diserang bom buatan sendiri awal pagi Isnin selepas kain rentang kontroversi kalimah Allah digantung di luar gereja tersebut pada Ahad.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim, berkata dua bom buatan sendiri molotov cocktail, dibaling ke kawasan lapang gereja tersebut.
Isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Islam mencetuskan perbalahan apabila umat Islam yang membentuk sejumlah besar populasi di negara menganggap perkataan berkenaan adalah hak eksklusif mereka.
Penganut Kristian membentuk 9% daripada 29 juta rakyat di negara ini.
Awal bulan lalu, sekumpulan pertubuhan bukan kerajaan pro-Umno dan beberapa NGO lain menganjurkan perhimpunan dengan memainkan isu perkauman dan agama sebagai serangan balas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR, Lee Khai Loon yang dikecam gara-gara tarian parodi flash mob kangkung.
Selain menjulang sepanduk yang berunsurkan provakatif, kumpulan tersebut memainkan isu rusuhan 13 Mei sambil melaungkan kenyataan rasis dan keagamaan. – 29 Januari 2014.

Anwar tanding DUN Kajang: Ini strategi PKR, kata Azmin

Tindakan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah sebahagian daripada "tindakan taktikal" PKR, kata Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali (gambar).
Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, pihaknya turut menerima dengan terbuka keputusan parti meletakkan Anwar bagi menggantikan Lee Chin Cheh, yang meletak jawatan semalam petang.
"Ia gerakan taktikal... kita perlukan satu kerusi kosong," kata Azmin mengulas alasan Lee meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang.
"Kita perlukan pemimpin nasional seperti Anwar untuk bertanding di Selangor dan kukuhkan kedudukan PKR," katanya lagi kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
Ketika ditanya sama ada tindakan Anwar itu cubaan untuk meredakan "perang dingin" antara dirinya dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Azmin berkata, perkara itu hanyalah sekadar spekulasi.
"Jangan kaitkan. Ini bukan isu Khalid, Azmin. Soal spekulasi saya tak nak respon. Apa saya katakan di sini fakta," katanya, dan menambah," saya gembira dengan keputusan ini".
"Kalau Anwar ada peranan dalam DUN Selangor, beliau mungkin lebih efisyen," katanya.
Beliau berkata, soal siapa menteri besar Selangor juga hanya akan diputuskan selepas Pilihan Raya Kecil Kajang.
"Soal siapa menteri besar kita bincang selepas kita menang," katanya, dan menambah Abdul Khalid telah meletakkan jasa yang kukuh kepada PKR di Selangor sejak sepenggal lalu.
PKR hari ini mengesahkan Anwar yang juga ketua pembangkang akan bertanding di DUN Kajang selepas Lee melepaskan jawatan sebagai Adun atas alasan "demi kebaikan parti".
Azmin menegaskan keputusan kepimpinan pusat meletakkan Anwar juga bukanlah atas faktor krisis antara dirinya dan Abdul Khalid.
"Ini bukan soal saya. Ini soal Pakatan," katanya.
Beliau berkata, keputusan berkenaan juga dibuat selepas menerima konsensus bersama antara PAS dan DAP.
"Anwar Ibrahim bukan ketua kampung. Saya tak boleh arah Anwar. Kita bergerak atas konsensus." – 28 Januari, 2014.

Sumber : The Malaysian Insider Sila klik di sini

Khalid nafi PDRM akan tubuh Unit Polis Syarie

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan pihaknya akan menubuhkan Unit Polis Syarie yang menjadi kritikan banyak pihak.
Tan Sri Khalid Abu Bakar
Khalid berkata, laporan mengatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan unit tersebut adalah tidak benar dan disalah tafsir pihak tertentu.
"Tidak benar tentang laporan mengatakan kami akan menubuhkan satu unit dan menangkap pasangan di taman ataupun berkhalwat," katanya pada sidang media di Bukit Aman, pagi ini.
"Berlaku salah faham dengan apa yang sedang berlaku," katanya.
Khalid berkata, kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebenarnya bermaksud polis menawarkan khidmat kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) secara tetap.
"Ketika ini, penguatkuasa agama pusat dan negeri meminta bantuan polis secara sementara.
"Sekarang, polis dan Kementerian Dalam Negeri sedang berbincang kemungkinan anggota polis ditempatkan dalam jabatan penguatkuasa tersebut secara tetap," katanya.
Beliau berkata, perbincangan antara polis, Jakim dan KDN masih sedang berjalan.
"Jakim perlu memohon kepada Jabatan Perkhimatan Awam untuk membuka jawatan supaya anggota polis yang ditempatkan akan mendapat arahan pindahan secara rasmi," katanya.
Sabtu lalu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustafa, berkata Unit Polis Syarie  akan dimuktamadkan selepas perbincangan mengenai skop tugas dan bidang kuasanya selesai tidak lama lagi.
Bagaimanapun, pakar perlembagaan menegaskan tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana Islam merupakan urusan negeri dan ia akan bertentangan dengan tugas polis. - 29 Januari, 2014.
Sumber : The Malaysian Insider Sila klik di sini

Rafizi: Anwar ke Kajang pertahan Selangor daripada Umno jika Najib jatuh

PKR hari ini menjelaskan rasional di sebalik pengosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon adalah langkah menghadapi plot menyingkirkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari dalam Umno oleh kem Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Gambar fail.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata usaha untuk menyingkirkan Najib mula dijalankan kem bekas perdana menteri itu yang juga merupakan musuh utama kepada Anwar dalam kes  pemecatan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998.
"Sudah menjadi rahsia terbuka langkah untuk menyingkirkan Najib kini bermula.
"Sebagai seorang anggota strategi parti, saya tidak boleh menolak kemungkinan Najib disingkir dan Umno jatuh kepada kem ultra Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rafizi membayangkan perkara lebih buruk berlaku sebaik usaha tersebut berjaya kerana usaha untuk merampas negeri Selangor akan dilakukan sedaya upaya sebaik sahaja Najib tersingkir.
"Serangan dan rancangan tidak bermoral untuk sedaya upaya merampas Selangor akan bermula selepas Najib yang lemah disingkirkan," katanya.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata, kontroversi agama dan perkauman yang dimainkan oleh Umno dan sekutu mereka sejak kebelakangan ini adalah isyarat jelas bahawa perkara di luar jangkaan mungkin berlaku.
"Jika Najib jatuh, diramalkan isu manipulasi perkauman dan agama akan dicipta untuk mewujudkan ketidakpercayaan dan kekecewaan kepada kerajaan negeri Selangor," katanya.
Rafizi berkata, langkah meletakkan Anwar bertanding di Kajang juga adalah sebagai batu loncatan kepada Pakatan Rakyat (PR) dalam usaha merampas pentadbiran Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).
"Istanbul menjadi batu loncatan kepada Erdogan dan Jakarta kepada Jokowi, Selangor boleh menjadi batu loncatan kepada Pakatan untuk merampas Putrajaya," katanya.
Sementara itu, katanya, PR memerlukan pemimpin tertinggi dan berkemampuan untuk mempertahankan Selangor daripada dirampas BN kerana negeri tersebut dianggap mutiara kepada mana-mana parti politik di Malaysia.
"Kita perlukan sebanyak mungkin pemimpin tertinggi di Selangor untuk mempertahankannya kerana ia merupakan mutiara kepada mana-mana gabungan parti politik di dalam negara," katanya.
Rafizi berkata, tidak mustahil suatu hari nanti kontroversi PKR di Kajang akan mengubah rentak strategi menuju ke Putrajaya.
"Kita boleh imbau ketika saat sukar yang akan dikenang sebagai 'Langkah Kajang' sebagai penentu dalam usaha menawan Putrajaya,” katanya.
Rafizi turut meminta maaf kepada pengundi Kajang kerana terpaksa berdepan satu lagi pilihan raya dan menegaskan PKR sedia menerima akibat sekiranya pengundi menghukum mereka.
PKR di Selangor ketika ini sedang bergolak selepas dikatakan wujud usaha untuk menjatuhkan menteri besar penggal kedua, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada tampuk pemerintahan.
Krisis dan kontroversi tercetus sejak pengumuman kenaikan gaji oleh Abdul Khalid yang dikatakan tidak dibuat secara konsensus.
Kemudiaan disusuli dengan insiden pengguguran Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali daripada anak syarikat negeri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) baru-baru ini.
Kemelut PKR berterusan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya pada Isnin.
Semalam, pengumuman dibuat oleh PKR untuk meletak Anwar sebagai calon di kerusi yang dianggap selamat untuk dimenangi.
Langkah meletak Anwar dilihat pengkritik sebagai usaha meredakan ketegangan antara kem Abdul Khalid dan Azmin yang menyukarkan pentadbiran Selangor. - 29 Januari, 2014.
Sumber : The Malaysian Insider Sila klik di sini untuk berita lanjut

Beri peluang rakyat Sarawak berkhidmat dalam kerajaan

MIRI: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) harus memberi peluang sama rata kepada rakyat Sarawak untuk berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan dengan kekosongan 100,000 jawatan.
 
Wan Zain
Aktivis Sosial Masyarakat Wan Zain Syed Mohdzar berkata, SPA harus memberi peluang kepada anak-anak tempatan untuk mengisi kekosongan dalam jawatan kerajaan.

“Jika terdapat 100,000 kekosongan, maka kerajaan harus memberi kuota sama rata kepada pencari pekerjaan di Sarawak yang rata-rata berminat untuk berkhidmat dalam kerajaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Wan Zain mendedahkan rata-rata lepasan sekolah dan graduan universiti ketika ini memburu pekerjaan namun peluang untuk berkhidmat dalam kerajaan adalah amat tipis.

“Hal ini kerana kita tidak tahu berapa kuota yang disediakan untuk pencari pekerjaan di Sarawak dan kita mahu biarlah jumlah kekosongan itu diagihkan sama rata sama seperti di negeri lain,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau beranggapan bahawa sistem permohonan secara talian adalah tidak bersesuaian kerana ia bukan dinilai secara profesional oleh panel yang bertauliah.

“Jika ada kekosongan jawatan, hanya beberapa calon sahaja yang dipanggil sedangkan angka yang memohon jawatan terbabit sebenarnya adalah ramai.

“Kita berharap SPA lebih telus dalam pemilihan tenaga kerja baharu terutama memberi peluang sama rata untuk rakyat Sabah dan Sarawak berkhidmat dalam kerajaan”.

Pada masa sama, beliau memberitahu bahawa setiap kekosongan terutama bagi jawatan tinggi dalam agensi kerajaan juga wajar diberi kepada anak-anak tempatan.

“Kita memiliki ramai anak tempatan yang mampu dan berkaliber untuk memegang jawatan tinggi dalam kerajaan dan peluang itu harus diberikan kepada mereka yang layak,” jelasnya.

Menurutnya, kebanyakan jawatan tertinggi dalam kerajaan ketika ini dipegang oleh orang Semenanjung Malaysia dan jawatan itu akan kosong semula apabila individu ini pulang ke tempat masing-masing.

“Sebab itulah kita menyarankan agar jawatan ini diserahkan kepada anak-anak tempatan yang faham dengan budaya dan latar hidup rakyat Sarawak dan mereka akan kekal di Sarawak,” ujarnya.

Selasa, 28 Januari 2014

Jangan perjudi masa depan Sarawak - Jeffery

KUCHING: Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Cawangan Sabah Datuk Dr Jeffery G Kitingan mengingatkan rakyat Sarawak agar tidak memperjudikan masa depan negeri ini dengan membenarkan kemasukan UMNO.

Datuk Dr Jeffery G Kitingan
Bercakap pada sidang media di sini semalam, Dr Jeffery berkata Sarawak harus belajar daripada kesilapan yang dilakukan oleh Sabah yang kini dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan di bawah UMNO.

“Jujur saya katakan Sabah kini dalam situasi yang amat buruk kerana segalanya dikuasai oleh kerajaan persekutuan termasuk imigresen sehingga menyukarkan kawalan keluar masuk pendatang asing.

“Jika Sarawak memberikan ruang kepada UMNO untuk bertapak di negeri ini percayalah saya, mereka akan menguasai segalanya yang ada di negeri ini termasuk hasil kekayaan bumi di sini,” dakwanya.

Tambah Dr Jeffery, adalah menyedihkan jika Sarawak membenarkan UMNO memasuki negeri dan beliau yakin pihak UMNO tidak akan berhenti berusaha untuk mengambil peluang bagi merealisasikan hasrat mereka.

“UMNO tidak akan berputus asa malah saya percaya ada invidivu yang mempunyai hasrat untuk memimpin negeri ini sanggup menawarkan diri mereka untuk membantu UMNO.

“Kerajaan negeri dan semua parti politik tempatan di negeri ini harus menolak mereka menjadi lebih kuat untuk mematahkan usaha UMNO termasuk Pakatan Rakyat (PR) kerana pada saya UMNO atau PR tidak jauh bezanya,” katanya.

Ditanya mengenai pandangan beliau terhadap situasi dalam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Dr Jeffery berkata ia adalah menyedihkan melihat parti bersejarah yang pernah berjuang untuk Sarawak ini dalam awang-awangan.

“Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai apa yang berlaku dalam parti ini, tetapi sudah pasti agak menyedihkan jika pendaftarannya dibatalkan kerana segala usaha yang diperjuangkan selama ini akan terkubur sama.

“Adalah lebih baik jika SUPP kembali kepada perjuangan asalnya dan ia mungkin boleh membantu memulihkan semula parti ini,” katanya ringkas.


Read more: http://www.theborneopost.com/2014/01/28/jangan-perjudi-masa-depan-sarawak/#ixzz2reUKwGrU

Taib tidak lepaskan jawatan

BINTANGOR:  Ketua Setia-usaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol menafikan sekeras-kerasnya khabar  angin yang menyatakan bahawa Ketua Menteri Pehin Sri     Abdul Taib Mahmud akan melepaskan jawatan dalam sedikit masa lagi.

Pehin Seri Abdul Taib Mahmud
Ketua Menteri Sarawak

Apatah lagi katanya, khabar angin itu disebarkan dengan dakwaan segelintir pihak yang mengaitkan persaraan Ketua Menteri disebabkan desakan daripada anggota Barisan Nasional (BN).

“Khabar angin itu adalah ti-dak tepat dan ia pada pendapat saya adalah gimik dan permainan politik daripada sesetengah pihak yang cuba mengeruhkan keadaan.

“Keputusan bersara atau tidak, itu terserah kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sendiri,” kata Abdullah ketika diminta mengulas mengenai khabar angin berhubung perkara itu, semalam.

Tambahnya, jika dilihat pada masa kini pihak yang lebih gemar atau boleh kita perkatakan pendesak ataupun pembangkit kepada isu ini adalah pihak pembangkang.

“Maka dengan itu, amat jelas sekali khabar angin yang menyatakan bahawa Ketua Menteri akan bersara disebabkan desakan daripada anggota Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar.

“Sehubungan itu, kita mahu masyarakat di negeri ini amnya tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan khabar angin tersebut.

“Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, kami dalam BN Sarawak tetap dengan pendirian yang sama iaitu keputusan persaraan Ketua Menteri  adalah atas budi bicara beliau sendiri.

“Yang Amat Berhormat  le-bih arif tentang suasana politik Sarawak, memahami keadaan semasa dan cabaran masa depan.

“Dalam erti kata lain, buah fikiran dan nasihat beliau masih relevan,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang Kenny Bisa, 28, yang lemas dalam tragedi bot karam di Bintangor, semalam.

Dalam pada itu katanya, rakyat Sarawak juga mesti  bersatu dalam budaya dan acuan hidup yang bertoleransi dan saling memahami antara satu sama lain.

“Jangan sekali kali mudah terpengaruh dengan  propaganda asing  yang permukaannya kelihatan sempurna tapi me-ngandungi inti pati yang lebih merugikan terutama bagi masyarakat Bumiputera luar bandar,” katanya.

Menjawab soalan  tentang ciri-ciri seorang Ketua Menteri yang berkelayakan untuk memimpin negeri ini pada masa akan datang, Abdullah membayangkan bahawa seseorang itu haruslah mampu merapat-kan lagi kerjasama serta persefahaman antara semua parti komponan BN Sarawak.

“Sudah pasti individu itu berpengalaman luas dalam politik dan melalui ranjau duri serta cabaran politik Sarawak.
“Pengganti beliau (Taib) juga hendaklah mampu me-ngukuhkan lagi hubungan serta kerjasama dengan kerajaan persekutuan supaya kita tidak ketinggalan untuk mendapat-kan peruntukan yang sangat diharapkan.

“Pada masa yang sama, seorang pengganti Ketua Menteri perlu memiliki kebijaksanaan mengatur strategi pembangunan negeri, selain bijak menangkis serangan pembangkang,” jelasnya.


Sila klik disini untuk berita lanjut

Isnin, 27 Januari 2014

Pemuda PBB tidak puas hati jawatan Timbalan Pengerusi MPS

Sibu : Baru-baru ini kerajaan Negeri telah mengumumkan senarai ahli-ahli majlis PBT yang baru termasuk Majlis Perbandaran Sibu. 


Namun demikian, perkara ini telah mendapat berbagai respon daripada pelbagai pihak. Ini termasuk daripada kalangan Ketua Pemuda Cawangan yang meluahkan rasa tidak berpuas hati berkenaan melalui media yang dikatakan mewakili suara penduduk dan masyarakat setempat. Berikut adalah merupakan keratan akbar berkenaan yang diterbitkan oleh Utusan Borneo, pada 25.01.2014. 

Luahan rasa Ketua Pemuda Pelawan, Junaidi Sambang.

Beliau menyifatkan pihak kementerian kerajaan tidak memberi perhatian yang wajar kepada suara rakyat. Oleh yang demikian, beliau telah mempertikaikan keputusan pengurusan kementerian apabila Jawatan Timbalan Pengerusi, Majlis Perbandaran Sibu yang dilantik bukan dikalangan kaum bumiputera di Sibu. Dalam isu yang sama, beliau juga melahirkan rasa kecewa apabila dalam kuota yang diperuntukan kepada Parti PBB, tiada seorang pun dikalangan mereka adalah dikalangan ahli PBB daripada Cawangan Pelawan.



p/s Terpulanglah kepada penduduk di SIbu untuk menentukan yang terbaik bagi terus mengekalkan kesejahteraan untuk terus maju.


Timbalan Ketua Pemuda Pelawan letak jawatan serta-merta

Minggu lalu kita disaljikan dengan cerita hangat mengenai Timbalan Ketua Pemuda PBB N.48 Pelawan yang merupakan ahli PKR. 

Susulan daripada itu, Ketua Pergerakan Pemuda PBB Pelawan telah tampil memberi penjelasan melalui media dan menyatakan bahawa terdapat kesilapan dalam artikel Utusan Borneo tersebut dimana mengakibatkan Sdr. Raafidin dan beliau sendiri telah terpalit sama dan menyalahkan para pengamal media sosial atau bloggers kerana unjuran daripada itu telah menerima tohmahan dan fitnah tetapi tidak menjelas lanjut mengenai apakah bentuk tuduhan tersebut. Namun demikian, mantan Timbalan Ketua Pemuda PBB Pelawan tersebut tidak membuat sebarang kenyataan sebaliknya meletakan jawatan dalam kesemua jawatan dan parti berkuatkuasa serta-merta. 


Dalam artikel yang sama, Ketua Pergerakan Pemuda Pelawan, iaitu Saudara Junaidi Sambang juga telah lantang bersuara memberi peringatan kepada Exco-exco Pergerakan Pemuda PBB yang telah dipilih oleh perwakilan pada perhimpunan agung PBB yang lalu untuk turun padang bagi mengenalpasti masalah ahi diperingkat bawahan.

"Anda telah dipilih untuk memberi perkhidmatan dan menyempurnakan amanah ribuan ahli dan bukan sekadar mengejar glamour serta menjaga kepentingan sendiri"  tambah Junaidi.

Tahniah saudara Junaidi Sambang kerana berani bersuara dalam memperjuangkan kepentingan ahli Pemuda diperingkat akar-umbi. Syabas !  

Berita lanjut seperti dikeratan akbar ini, anda nilaikan sendiri. "Tepuk dada, tanya selera" ;





Rabu, 22 Januari 2014

Andrew Wong Kee Yew new SMC deputy chairman

SIBU: Datuk Andrew Wong Kee Yew has been appointed deputy chairman of Sibu Municipal Council, replacing Daniel Ngieng who has been deputy chairman for a decade.

The confirmation came yesterday afternoon after the council released the list of the councillors of the new term.Datuk Tiong Thai King retains the chairman post.

Datuk Andrew Wong Kee Yew
Others are Kiew Shyh Yew, Chieng Jin Ek, Toh Jack Kuong, Lai Chiong Ann, Marcus Yek Hock Yin, Wong Hie Ping, David Lau Kiing Yiing, Yap Ah Kiat, Patrick Tong Hing Lee, So Teck Kee, John Lau Hui Sing, Siao Sing Tiong, Rabek Ali Hamid, Ibrahim Laili, Zaiton Abdul Kader, Abang Iskandar Abang Latip, Paulus Dandee Banyang, Himmy De Rozario, Wong Liang Tai, Sempurai Petrus Ngelai, John Ujang Santak, Tang Sing Kiong, Lily Tiong Kai Li, Teo Ming Lung, Rhoda Ting Tung Hui, Chiong Siong Teck, Wong Kwong Lee, Sylvia Kong Ming Yii, Tonny Hii Yii Yik and Thosmas Tang Chin Meng.Minister of Local Council Dato Sri Wong Soon Koh also confirmed through a press statement yesterday that the councillors’ lists in Sarawak had been finalised and had been sent out to the respective councils. He said the respective councils would make public the lists.

He added: “Before this, the proposed list had to go through Deputy Chief Minister Tan Sri Alfred Jabu who heads a cabinet committee overseeing the matter. And, after being screened by the committee, the list went to the State Cabinet for approval.

With the confirmation of the full list for the Sibu Municipal Council, it lays to rest rumours about Kee Yew being appointed as the new deputy chairman.

Kee Yew is the son of Dato Sri Wong Soon Koh.

Although he has remained low key, Kee Yew has been active in promoting higher education development of Sibu.A graduate of the University of Western Australia with a Masters of Economics, he has played a major role in helping the state government to set up Sarawak Maritime College, University College of Technology, Sarawak and the development of Laila Taib College.

He has also played a key role in transforming Institute Executive Kuching to become Executive College Kuching.He has for 15 years devoted himself to education service since his return from Australia in 1998, at the age 21.He started working with United College Sarawak in 1999 and helped to transform the college into what it is today.The college, renamed Laila Taib College in 2010, is housed in a new campus with land and buildings donated by Espirit Wealth Sdn Bhd and KTS group of companies respectively.

It now has a student population of over 1,500 taking up Diploma programmes recognised not only by the Education Ministry but also by the respective professional bodies.

Kee Yew has almost single-handedly been responsible for setting up Sarawak Maritime College with financial assistance from the state government and Shin Yang Group Of Companies.

For two years, he also played a key role in setting up University College of Technology Sarawak.With his appointment as the deputy chairman of the council, Kee Yew has now resigned his CEO post in Laila Taib College.

Kee Yew was conferred the Datukship in September last year during the 92nd birthday of the Head of State Tun Muhammad Salahuddin.


Sumber : Borneo Post

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/01/22/andrew-wong-kee-yew-new-smc-deputy-chairman/#ixzz2r5ZGjGDd

Isnin, 20 Januari 2014

Timbalan Ketua Pemuda PBB AHLI PKR?! Siapa yang bertanggungjawab...?


SIBU : Pada hari ini berita panas mengenai seorang ahli Pemuda PBB yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda Parti PBB Cawangan N.48 Pelawan telah secara terang-terangan membuat kenyataan terbuka bahawa beliau adalah seorang Ahli PKR dengan menamakan beliau adalah mewakili Parti Keadilan Rakyat bagi Kawasan Nangka, Sibu. PKR Nangka. 

Abdul Raafidin bin Haji Majidi, merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak dahulu lagi. Beliau sering kelihatan bersama puak pembangkang malah telah ke kampung-kampung untuk berkempen bersama Calon DAP bagi meraih sokongan dan undi pada PRU ke-13 baru-baru ini. 

Selepas itu, pada pemilihan diperingkat ranting dan cawangan PBB pada tahun lalu , beliau telah menyatakan hasrat untuk menyertai Parti PBB dimana telah diperkenalkan oleh Ketua Pemuda PBB N.48 Pelawan sendiri iaitu saudara Junaidi Sambang. Keputusan membawa masuk saudara Raafidin membawa pelbagai reaksi dikalangan ahli-ahli PBB sendiri samaada diperingkat pemuda mahupun wanita dan bapak. Ada yang kurang senang kerana ianya dilihat tidak praktikal dan seolah-olah seperti ada udang disebalik batu. 

Akhirnya kini, kredibiliti Pemuda PBB mula dipertikai apabila keputusan membawa masuk ahli Parti Pembangkang membawa keburukan dan kesan negatif kepada Parti secara keseluruhannya. Seharusnya sebelum diterima masuk, mereka wajib meneliti dan menyiasat terlebih dahulu latar belakang mereka yang mendakwa sebagai "Bekas Penyokong Parti Pembangkang" serta perlu bijak dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan agar tidak mendatangkan kesan negatif terhadap Pemuda PBB dah Parti PBB secara umumnya. Ini menggambarkan bahawa benteng Pemuda PBB begitu mudah untuk ditembusi dan boleh dipermainkan. 


Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku dan amat memalukan. Semestinya tindakan dipecat serta-merta diambil kepada Sdr. Raafidin kerana nyata beliau masih merupakan ahli sah Parti PKR dan menentang kerajaan. 

Sehubungan itu, suatu tindakan praktikal terhadap kenapa berlakunya kebocoran dalam pentadbiran Pemuda PBB diperingkat Cawangan juga harus di beri nafas baru agar prestasi dan imej Pemuda diperhalusi dan seterusnya akan mendapat sokongan semula serta kepercayaan dari peringkat akar umbi. 

Kesimpulannya, perkara ini mungkin menampakan kelemahan dari segi kredibiliti pemuda, masalah para pemuda diperingkat akar umbi atau perlunya ada daya kepimpinan yang tinggi di dalam mentadbir organisasi. Amat jelas, timbulnya isu ini juga bukanlah suatu propaganda yang sengaja diwujudkan bagi kepentingan pihak tertentu. Bak kata pepatah,"Bagai aur di atas bukit" - bermaksud sesuatu yang tidak dapat disembunyikan dan amat mudah untuk dilihat orang. Fikir-fikirkanlah...



PANAS!!! TIMBALAN KETUA PEMUDA PBB N.48 PELAWAN AHLI PKR!!!

SIBU: Selling rambutan at RM1.50 for two kilogrammes and jackfruit from RM4 per fruit depending on size to raise funds for the rebuilding of a surau is a noble thing to do.


But Surau Darul Abrar Development Committee would have a long way to go to reach their target of RM250,000 for the rebuilding fund if they just depend on the sale of the fruits.

Surau Darul Abrar Development Committee secretary Ramze Ibrahim said the fruits collected from the orchard of committee chairman Masaat Bujang are sold at a makeshift structure near a junction in Kampung Datu/Kampung Hilir here.

“We started collection for the fund last month. We have not calculated the amount we have collected so far.
“There is no budget from the government for the rebuilding, that is why we started the fund collection,” he said when met by reporters at the site of the burnt surau in Kampung Datu here yesterday.
He was there to witness the presentation of donation from Selangor State Legislative Assembly deputy speaker Nik Nazmi Nik Ahmad to Masaat.

Also present were the surau committee treasurer Roslan Mohd Alwi and PKR Nangka representative Abdul Rafidin Majidi.

Fire razed more than 60 houses and the surau in Kampung Datu/Kampung Hilir on June 19 last year.
The incident had left 597 people from 144 families homeless.

Ramze later thanked Housing Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, Assistant Minister in the Chief Minister’s Office (Islamic Affairs) Datuk Daud Abdul Rahman, Nangka assemblyman Dr Annuar Rapaee and Assistant Housing Minister Abdul Karim Rahman Hamzah for their personal donations for the surau.

Meanwhile, Abdul Rafidin urged the state government to declare the total amount of donations for Kampung Datu/Kampung Hilir fire victims.

He said so far the affected families had only received donations worth RM15,000 per family.

“We want to know the exact amount because from what we heard the donations have reached millions of ringgit. If there is such amount, we want it to be distributed to the victims as soon as possible,” he said.


Sumber : Borneo Post Sila klik di sini

Khamis, 9 Januari 2014

Kata tak beritahu media, keluar akhbar Cina - WSK

SIBU: Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Sibu Dato Sri Wong Soon Koh mempersoalkan tindakan Presiden SUPP Tan Sri Peter Chin yang memberitahu, tidak akan memaklumkan kepada media mengenai tindakan yang bakal diambil oleh CWC terhadapnya.

Namun apa yang berlaku menurut Wong, sebuah akhbar berbahasa Cina iaitu Sin Chew Daily kelmarin melaporkan bahawa beliau (Wong) telah dipecat daripada SUPP oleh CWC.

“Chin sebelum ini ada memberitahu media bahawa CWC memutuskan untuk tidak mengumumkan apa-apa keputusan yang telah dibuat terhadap saya melalui pihak media.

“Bagaimanapun pagi ini (semalam), Sin Chew Daily dalam laporannya mengisytiharkan bahawa saya telah dipecat daripada SUPP oleh CWC,” ujarnya dalam satu kenyataan yang die-mel, semalam.

Sehubungan itu menurut Wong, apa yang berlaku seolah-olah menunjukkan presiden parti tidak ada kawalan ke atas ahli-ahli CWC sehingga keputusan pemecatan beliau itu terlebih dahulu diketahui oleh pihak media.

Menteri Kewangan Kedua itu juga mengulangi pendiriannya yang tidak mengiktiraf ahli-ahli CWC parti, yang mana pemilihan CWC itu sebelum ini dicemari dengan penyelewengan dan ketidakadilan.

Keputusan muktamad mengenai CWC semasa dan ahli Jawatankuasa Pusat SUPP katanya, terletak di tangan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS), yang telah mengarahkan bahawa parti hanya boleh menjalankan urusan biasa sehingga ROS membuat keputusan.

“Saya tidak pernah mengiktiraf kesahihan CWC semasa.

Kedudukan CWC yang ada bergantung kepada keputusan ROS,” jelas Wong.

Wong juga percaya Chin akan mengarahkan CWC parti memaklumkan keputusan yang bakal diambil terhadapnya dengan segera kerana apa juga keputusan, ia telah diketahui oleh umum.

“Selepas saya menerima surat daripada beliau, saya akan memberi kenyataan selanjutnya,” tambah Ahli Dewan Undangan Negeri Bawang Assan itu lagi.


Read more: http://www.theborneopost.com/2014/01/09/kata-tak-beritahu-media-keluar-akhbar-cina/#ixzz2prT3qwyo