Isnin, 20 Januari 2014

Timbalan Ketua Pemuda PBB AHLI PKR?! Siapa yang bertanggungjawab...?


SIBU : Pada hari ini berita panas mengenai seorang ahli Pemuda PBB yang merupakan Timbalan Ketua Pemuda Parti PBB Cawangan N.48 Pelawan telah secara terang-terangan membuat kenyataan terbuka bahawa beliau adalah seorang Ahli PKR dengan menamakan beliau adalah mewakili Parti Keadilan Rakyat bagi Kawasan Nangka, Sibu. PKR Nangka. 

Abdul Raafidin bin Haji Majidi, merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak dahulu lagi. Beliau sering kelihatan bersama puak pembangkang malah telah ke kampung-kampung untuk berkempen bersama Calon DAP bagi meraih sokongan dan undi pada PRU ke-13 baru-baru ini. 

Selepas itu, pada pemilihan diperingkat ranting dan cawangan PBB pada tahun lalu , beliau telah menyatakan hasrat untuk menyertai Parti PBB dimana telah diperkenalkan oleh Ketua Pemuda PBB N.48 Pelawan sendiri iaitu saudara Junaidi Sambang. Keputusan membawa masuk saudara Raafidin membawa pelbagai reaksi dikalangan ahli-ahli PBB sendiri samaada diperingkat pemuda mahupun wanita dan bapak. Ada yang kurang senang kerana ianya dilihat tidak praktikal dan seolah-olah seperti ada udang disebalik batu. 

Akhirnya kini, kredibiliti Pemuda PBB mula dipertikai apabila keputusan membawa masuk ahli Parti Pembangkang membawa keburukan dan kesan negatif kepada Parti secara keseluruhannya. Seharusnya sebelum diterima masuk, mereka wajib meneliti dan menyiasat terlebih dahulu latar belakang mereka yang mendakwa sebagai "Bekas Penyokong Parti Pembangkang" serta perlu bijak dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan agar tidak mendatangkan kesan negatif terhadap Pemuda PBB dah Parti PBB secara umumnya. Ini menggambarkan bahawa benteng Pemuda PBB begitu mudah untuk ditembusi dan boleh dipermainkan. 


Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku dan amat memalukan. Semestinya tindakan dipecat serta-merta diambil kepada Sdr. Raafidin kerana nyata beliau masih merupakan ahli sah Parti PKR dan menentang kerajaan. 

Sehubungan itu, suatu tindakan praktikal terhadap kenapa berlakunya kebocoran dalam pentadbiran Pemuda PBB diperingkat Cawangan juga harus di beri nafas baru agar prestasi dan imej Pemuda diperhalusi dan seterusnya akan mendapat sokongan semula serta kepercayaan dari peringkat akar umbi. 

Kesimpulannya, perkara ini mungkin menampakan kelemahan dari segi kredibiliti pemuda, masalah para pemuda diperingkat akar umbi atau perlunya ada daya kepimpinan yang tinggi di dalam mentadbir organisasi. Amat jelas, timbulnya isu ini juga bukanlah suatu propaganda yang sengaja diwujudkan bagi kepentingan pihak tertentu. Bak kata pepatah,"Bagai aur di atas bukit" - bermaksud sesuatu yang tidak dapat disembunyikan dan amat mudah untuk dilihat orang. Fikir-fikirkanlah...



Tiada ulasan: