Jumaat, 28 Februari 2014

Taib terima watikah perlantikan sebagai TYT Sarawak daripada Agong

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari berkenan menyerahkan watikah pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Istana Negara di sini.
   
Istiadat itu, yang berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak yang baharu Tan Sri Adenan Satem.
   
Selepas hampir 33 tahun menabur jasa sebagai Ketua Menteri, Taib secara rasmi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang ketujuh menggantikan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang tamat perkhidmatan hari ini.
   
Semalam, Taib diraikan dalam satu majlis perpisahan ringkas tetapi penuh bermakna di bangunan pentadbiran negeri Sarawak dengan dihadiri kira-kira 300 kakitangan kerajaan yang bertugas bersama-sama beliau.
   
Taib menjadi Ketua Menteri Sarawak keempat pada 26 Mac 1981 menggantikan bapa saudaranya Abdul Rahman Ya'akub.
   
Anak pertama daripada 10 beradik itu dilahirkan pada 21 Mei 1936 hasil perkongsian hidup antara Mahmud Abang Yahya dan isterinya Hamidah Ya'kub.
   
Taib memulakan kerjayanya sebagai hakim bersekutu kepada Hakim Herbert Mayo dari Australia Selatan selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Udang-undang pada 1961.
   
Beliau kembali bertugas di Sarawak dengan berkhidmat sebagai peguam negara Sarawak selama setahun pada 1961.
   
Taib menyertai dunia politik selepas menganggotai Majlis Perundangan Sarawak pada 1963 hingga 1966 dan dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Kerja Raya Negeri serta Menteri Pembangunan dan Perhutanan Sarawak (1966-1967).
   
Kerjaya politik Taib di peringkat persekutuan bermula selepas beliau memenangi kerusi Parlimen Samarahan.
   
- Bernama

Tan Sri Adenan angkat sumpah KM Sarawak kelima.

KUCHING: Tan Sri Adenan Satem mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima di Astana Negeri, Kuching.

Beliau secara rasmi memegang jawatan itu selepas pentadbiran Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak berakhir hari ini.

Istiadat mengangkat sumpah bermula jam 9.30 pagi yang dimulai dengan pendaftar mengadap dan memohon perkenan Tuan Yang Terutama, Tun Abang Muhammad Salahuddin untuk menjalankan upacara.

Ketua Menteri Sarawak kemudian mengadap untuk menerima surat pelantikan dan seterusnya mengangkat sumpah dan menandatangani surat ikrar.

Selepas selesai istiadat itu, ia diteruskan dengan istiadat perpisahan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin.

Istiadat mengangkat sumpah Yang Dipertua negeri Sarawak ketujuh, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan disempurnakan pada Sabtu di Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Mahkamah tolak kes Taib, Pembangkang tidak hormat Yang Dipertuan Agong.

KUCHING: Mahkamah Tinggi hari ini menolak kes  kes membantah Tan Sri Abdul Taib Mahmud dilantik menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak yang baru,

Kes itu dikemukakan oleh ADUN  Padungan, Wong King Lei.  Menurut beliau, mahkamah tidak ada kuasa kerana TYT dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.

Sementara itu, Ketua Hakim Negeri melalui JC Fung telah memohon kepada Ketua Menteri menjadi badan pemerhati pendengaran kes.

Permohonan Fung diluluskan mahkamah dan beliau mewakili kerajaan negeri.

Wong menambah bahawa Fung berkemungkinan akan menghantar beberapa isi penting Perlembagaan.

Taib diwakili oleh Sim Hui Chua sebagai defendan.

Manakala plaintif diwakili Wong sendiri serta dua wakil beliau, Clement Wong dan Alex Ngu.

Peguamcara pula diwakili JM Ling. -FMT

Adenan dan rakyat Sarawak

Ooooohaaa' dan 'you' adalah dua perkataan kegemaran bakal Ketua Menteri Sarawak yang baru, Tan Sri Adenan Satem (gambar) setiap kali mengakhiri ayat dalam ucapan beliau.

Adenan kepada rakan seperjuangan dan masyarakat kebanyakan tidak pernah gagal untuk menggamatkan suasana majlis dengan jenaka bersahaja beliau biarpun air mukanya kelihatan serius.

Penulis dan jurufoto Bernama, baru-baru ini berkesempatan melawat Pekan Lundu, sebuah daerah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung
Datu, kawasan yang diwakili Adenan untuk mencungkil lebih banyak cerita unik mengenai bakal ketua menteri itu.

Bagi pengusaha katering yang hanya mahu dikenali sebagai 'PJ',  perkatan 'you' di setiap akhir ayat Adenan dianggap cara beliau untuk lebih mesra dengan masyarakat.

"Hadirin pasti ketawa mendengar setiap kali beliau menyebutnya dalam ayat   akhir jenakanya," katanya kepada Bernama.

Menurut Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Lundu, Jamsari Ahmad, setiap kali berada di Lundu, Adenan pasti mengambil peluang berjalan-jalan di sekitar pekan kecil itu.

"Kalau anda hendak tahu, di belakang kedai-kedai kayu ini di Perhentian Bas Lundu, ada sebuah kedai makan, di situlah tempat Adenan menghabiskan masa, makan mi goreng dan cendol," katanya.

Adenan bila berucap menurut mereka, selalu berterus terang, padat dan tidak panjang, paling lama pun biasanya 20 minit.

Malah pernah dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) beliau menggesa rakan-rakan supaya tidak memberikan ucapan panjang lebar pada majlis yang mereka rasmikan.

Dalam ucapannya beliau biasanya akan menyentuh tiga perkara... "perkara pertama, perkara kedua dan perkara ketiga" dan mengakhirinya dalam bahasa Iban "ya aja jako aku, sik boh nak jako panjai-panjai (itu saja ucapan saya, tak perlu berucap panjang-panjang).

Adenan memang fasih bertutur longhat Iban dan sering mencuit hati hadirin dengan menyelitkan jenaka seperti "akulah menteri paling handsome".

Sebagai anggota veteran dalam arena politik Sarawak dan sangat disegani, beliau pernah dinobatkan sebagai juara dalam perdebatan mengenai Tanah Adat di Sarawak dalam tahun 80-90an

Lulusan Ijazah Undang-Undang dari Universiti Adelaide, Australia, ini pernah bertugas sebagai guru, wartawan, majistret (1971-1972) dan pengamal undang-undang (1975-1985).

Beliau dipilih sebagai anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak sejak 1987 hingga sekarang

Pernah dilantik sebagai menteri di Kementerian Pembangunan Tanah (1987-1992), menteri Pembangunan Sosial Sarawak (1992-1998), menteri Pertanian dan Industri Makanan Sarawak (1998-2004), menteri Sumber Asli dan Persekitaran Malaysia (2004-2006) dan menteri Tugas-Tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri (2011 hingga sekarang)

Beliau juga adalah pengerusi Yayasan Sarawak, pengerusi Yayasan Kebudayaan Melayu Sarawak dan pengerusi Majlis Kampus Universiti Teknologi Swinburne.

Rakan-rakan dan mereka yang dekat dengan beliau mengatakan bapa kepada lima orang anak itu, yang berkahwin dengan Puan Sri Jamilah Anu, pandai memasak dan memiliki bakat menyanyi. Masa lapang beliau diisi dengan bermain golf dan membaca.

Berasal dari Kampung Bandashah di Kuching, Adenan adalah rakan sekampung dengan Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Dalam berlawak, beliau juga mempunyai sikap yang tegas. Malah pembangkang tidak berani untuk berdebat dengan beliau kerana setiap tuduhan yang dikeluarkan pembangkang akan beliau jawab dengan penuh diplomatik tapi tepat dan penuh dengan fakta.

Adenan terkenal dengan ketajaman pemikirannya, seorang yang boleh mengingati pelbagai peristiwa yang berlaku, kata orang yang paling dekat dengan beliau, Datuk Peter Minos.

Beliau sering mengejutkan orang lain dengan pengetahuan luas beliau dalam pelbagai perkara, mungkin kerana kerajinan beliau membaca.

"Keistimewaan Adenan ialah beliau merupakan pemimpin yang mampu berdikari, bijak dalam membuat keputusan. Kebolehan Adenan diakui oleh Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud (yang akan melepaskan jawatan berkuatkuasa esok) dan rakan-rakan dalam kabinet.

"Itulah sebabnya banyak pihak yang menyifatkan keputusan pelantikan beliau sebagai ketua menteri kelima Sarawak satu keputusan yang tepat," kata Minos yang merupakan pengalisis politik dan bekas Timbalan Ketua Penerangan PBB.

Adenan juga sering diberi tugas oleh Taib untuk menyelesaikan krisis politik di negeri Sarawak.

Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab membawa PBDS kembali ke pangkuan Barisan Nasional negeri pada 1993 setelah berunding dengan presiden PBDS ketika itu Tan Sri Leo Moggi dan Tan Sri James Jemut Masing.

Pemilihan Adenan sebagai ketua menteri baru jelas berbeza dengan sebelum ini yang lazimnya diputuskan satu badan khas (kokus), seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti itu.

Badan khas itu terdiri daripada anggota Dewan Undangan Negeri, anggota Parlimen dan Senator dalam PBB.

Bagaimanapun selepas bermesyuarat dengan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB pada 8 Februari, Taib diberi mandat untuk melantik penggantinya.

Adenan dipercayai mempunyai kemampuan untuk menyambung kepimpinan Taib demi menerajui Sarawak. – Bernama, 27 Februari, 2014.

NGO luar tidak puas hati Taib diterima rakyat jadi TYT

Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mendedahkan penglibatan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama anaknya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, dalam satu perjanjian perniagaan bernilai RM6.6 juta (AS$2 juta) dengan sebuah syarikat berpengkalan di Jerman.

Pembongkaran perjanjian tersebut didedahkan hari ini oleh dua NGO, Global Witness dan Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4)  dua hari sebelum Taib dijangka mengambil alih jawatan Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak daripada Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng yang akan bersara 28 Februari ini.

Taib dan anaknya, Abu Bekir, terlibat dalam perjanjian lumayan dengan syarikat pengurusan sisa Trienekens dengan kerajaan Sarawak pada 1998. Syarikat berpengkalan di Jerman itu juga sebelum ini pernah terlibat dalam kes rasuah pada 1999.

"Trienekens menjalankan kerjasama dengan syarikat tempatan, Sarawak Capital, yang dimiliki anak Taib Mahmud untuk memberikan 'khidmat nasihat' bernilai RM6.6 juta sebagai sebahagian daripada perjanjian," kata NGO tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Global Witness, penglibatan anak Taib tersebut mempunyai konflik kepentingan.

"Secara faktanya, nilai besar yang dibayar kepada syarikat anak Taib sebagai sebahagian daripada perjanjian kelihatan mempunyai konflik berkepentingan," kata Cynthia Gabriel pada sidang media petang ini

KPN nafi 60 anggota polis disiasat SPRM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menafikan laporan sebuah portal berita mengenai 60 anggota polis disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terbabit dalam pengubahan wang haram dan rasuah.

"Saya sudah berjumpa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan beliau sendiri terkejut dengan laporan itu. Beliau bertanya daripada mana mereka dapat laporan tersebut.

"Beliau beritahu saya laporan itu palsu, tidak benar sama sekali," katanya selepas majlis ramah mesra bersama pesara pegawai kanan polis di Pusat Latihan Polis, Jalan Semarak, hari ini.

Sehubungan itu, Khalid meminta pihak terbabit berhati-hati dengan sumber berita mereka.

"Jangan laporkan daripada sumber yang tidak betul, entah tukang kebun mana dia (wartawan) itu jumpa untuk dapatkan cerita yang tidak betul ni," katanya sambil menambah pihaknya menyerahkan kepada SPRM dan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut terhadap laporan palsu tersebut.

Mengikut laporan portal itu, kira-kira 60 anggota polis disyaki menerima rasuah daripada pengendali perniagaan haram di ibu negara.

Perniagaan itu meliputi perjudian di kafe siber, rumah urut dan sarang pelacuran. - TMI

Tok Guru lempar fitnah, umpama 'kerana pulut santan binasa'

Pepatah Melayu berkata, akibat pulut santan binasa, akibat mulut badan binasa. Itulah akibat yang ditanggung Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang yang menuduh calon-calon PKR ada yang jadi pengedar pil kuda ketika mengulas pertindihan calon pada PRU tahun lepas.

Akibat keceluparan Haji Hadi, beliau disaman malu oleh calon PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin. Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap bekas calon PKR Dun Bukit Besi itu.

Mengikut persetujuan PAS dan PKR Terengganu, PKR yang sepatutnya bertanding di DUN Bukit Besi pada 5 Mei 2013. PKR meletakkan Mohd Shamsul Mat Amin tetapi PAS yang kononnya berjuang atas nama Islam mungkir janji apabila turut meletakkan calonnya, Roslan Ismail.

PAS yang tamak sanggup menjadi parti munafik apabila meletakkan calon di kawasan yang sepatutnya ditandingi PKR di empat kerusi termasuk Bukit Besi. Hanya di DUN Bandar sahaja yang ditandingi calon PKR, Mohd Azan Ismail tidak dikacau oleh calon PAS.

Dalam pertandingan tiga penjuru di Bukit Besi, calon PKR kalah teruk mendapat 52 undi sahaja manakala calon PAS, Roslan Ismail mendapat 4408 undi dan calon BN, Roslee Daud mendapat 6966 undi. Calon BN menang dengan majoriti 2558 undi.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menawarkan diri menjadi orang tengah menyelesaikan isu saman RM2juta antara Presiden PAS dengan bekas calon PKR Mohd Shamsul Mat Amin di luar mahkamah.

“Saya boleh faham kedua-dua situasi di mana seseorang rasa terluka hati dan saya berharap rakan kita yang buat saman itu mungkin dia nak pengiktirafan terhadap maruah beliau dan saya juga yakin Haji Hadi sedia buat rundingan.Kalau tidak ada orang lain nak mainkan peranan tu saya nak tawarkan diri,” katanya pada 25 Februari lalu.

Semalam Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan parti itu sedang berusaha untuk menyelesaikan isu melibatkan saman RM2 juta antara Abdul Hadi Awang dan bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, walaupun keluarga Mohd Shamsul berkeras untuk meneruskan saman tersebut namun pemimpin PKR di peringkat pusat telah memberikan nasihat kepadanya berhubung perkara tersebut.

“Pimpinan telah nasihat dulu. Keluarga berkeras. Saya telah jelaskan kepada Abdul Hadi.

“Kita sedang usahakan,” katanya yang dipetik daripada laman mikro Twitter miliknya.

Terbaru, PKR melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pemimpin parti telah mengadakan rundingan dengan plaintif untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Kita telah hubungi Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail untuk menyelesaikan isu tersebut dengan pelbagai cara. Kita juga minta untuk tidak teruskan saman terhadap Abdul Hadi.

“Kita ada petunjuk positif untuk selesaikan perkara itu dengan baik daripada Mohd Shamsul,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Shamsul Mat Amin menegaskan soal menarik balik saman sebanyak RM2 juta terhadap Presiden Pas sudah terlewat.

Menurut Mohd. Shamsul, dia tetap dengan pendirian itu kerana baginya, dakwaan pemimpin Pas itu berkait ‘calon pil kuda’ dalam Pilihan Raya Umum lalu cukup serius kerana secara tidak langsung melibatkan maruah, nama baiknya dan keluarga.

Beliau tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menyulitkan keadaan pemimpin Pas itu atau menjejaskan hubungan antara parti tetapi didorong untuk membersihkan maruah yang tercemar.

“Kalau betul nak berbaik, sepatutnya boleh buat dari dahulu lagi (sebelum kes difailkan di mahkamah). Jumpa saya, kita bincang elok-elok. Saya dah beritahu dulu. Tapi, bila jadi macam ini (perintah saman dikeluarkan), dah tak gunalah sebab dah jadi kes mahkamah.

“Saya pun tak nak cakap banyak. Biarlah mahkamah yang uruskan. Apa-apa hal selepas ini, saya kena rujuk peguam dahulu,” katanya ketika dihubungi dua hari lepas.

Tindakan saman itu dibuat Mohd. Shamsul selepas Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum lalu sebagai alasan untuk Pas meletakkan calonnya bertanding di DUN Bukit Besi sehingga menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru.

Dalam pernyataan tuntutannya, dia mendakwa, ucapan Abdul Hadi dalam satu ceramah di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April lalu telah menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.

Mohd. Shamsul yang merupakan pemaju perumahan juga mendakwa berdepan dengan tekanan emosi dan mental yang berpanjangan setelah menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Sementara itu, peguam Mohd. Shamsul, A. Vasudevan ketika dihubungi memberitahu, saman malu itu tidak boleh ditarik balik, namun peguam defendan boleh memfailkan permohonan untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar tersebut.

“Hakim kemudian akan buat keputusan sama ada membenarkan permohonan itu atau tidak,” katanya.

Sementara itu  wujud satu fenomena ‘menjatuhkan hukuman’ kepada para peguam PAS terutamanya Haji Asmuni Awi kerana kononnya peguam telah cuai, leka, tidak kompeten bahkan sampai ke tahap peguam dituduh mensabotaj Presiden PAS hingga Penghakiman Ingkar tersebut dimasukkan.

“Di dalam kes ini, yang menyaman adalah plaintif dan defendan di dalam kes ini ialah Haji Abdul Hadi Awang. Di dalam mana-mana saman bagi kes sivil, plaintif bebas untuk meletakkan mana-mana alamat defendan yang difikirkan sesuai bagi plaintif.,” kata Pengarah Jabatan Undang Undang dan Hak Asasi Manusia Pemuda PAS Malaysia (JUHAM) Noorazmir Zakaria sebagai mengulas kritikan ahli-ahli PAS kepada peguam Haji Hadi.

Katanya, dari segi undang-undang, defendan tidak mempunyai kuasa untuk meminda alamat defendan di dalam saman yang difailkan oleh plaintif.

“Meskipun sebelum dari Writ Saman ini difailkan lagi Haji Asmuni telah memaklumkan secara bertulis kepada peguamcara  defendan memohon agar sebarang writ saman yang difailkan dapat diserahkan kepada Haji Asmuni sendiri, namun adalah di luar bidang kuasa peguam defendan sekiranya pihak plaintif tetap ingin menyerahkan saman tersebut ke alamat Presiden PAS di Marang.,” jelas beliau.

Justeru, katanya lagi, Haji Asmuni sebagai peguam defendan langsung tidak boleh dipersalahkan apabila pihak plaintif meletakkan alamat defendan di Marang kerana ia adalah hak sepenuhnya di pihak plaintif.

Bagi saya, kenapa Haji Hadi tidak minta maaf dari awal kepada Shamsul sehingga Shamsul terpaksa meneruskan tindakan saman ini. Alasan tidak menerima surat saman yang dialamatkan ke rumah Haji Hadi tidak boleh diterima kerana ada bukti surat berdaftar itu diterima.

Jujur kepada rakyat prinsip kepimpinan Taib Mahmud

KUCHING - Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata kejujuran ketika berkhidmat kepada rakyat menjadi satu daripada prinsip kepimpinannya sepanjang kariernya sebagai ahli politik.
   
Beliau berkata semua ahli politik mesti mematuhi prinsip ini bagi menyatukan rakyat yang dipimpin dan bukan mengelirukan mereka.
   
"Saya katakan apa yang saya katakan dan mungkin seboleh-bolehnya secara berdiplomasi tetapi saya masih menyatakannya. Perkara ini (menyatakan kebenaran) mungkin dilakukan secara lebih jelas dalam kumpulan kecil yang  memahami saya dengan lebih baik daripada kumpulan yang besar," kata beliau dalam wawancara khas dengan Bernama di kediamannya di sini.  

Dalam temu bual itu, Abdul Taib berkata beliau menghadapi kesukaran pada masa awal kerjayanya sebagai ahli politik apabila kurangnya kefahaman antara kaum kerana rakyat tidak dapat memahami idea-idea beliau.
   
"Selepas cukup lama berkhidmat, saya fikir rakyat dapat memahami saya dengan lebih baik dan saya menggunakan perkataan "politik pembangunan", sesuatu yang rakyat boleh faham dan berhasrat untuk (mencapainya)," kata beliau.
   
Abdul Taib, yang akan genap umur 78 tahun Mei ini berkata kerjayanya sebagai ahli politik, yang bermula pada 1963, membolehkan beliau bercampur gaul dengan ramai orang dan keadaan itu dinikmatinya setiap saat.
   
"Tidak ada masa yang membosankan dalam hidup saya untuk sekian lama. Saya gembira kerana setiap kali saya bercampur gaul dengan orang, saya belajar sesuatu, saya memperoleh sesuatu", kata beliau.
   
Katanya beliau tidak mempunyai rancangan buat masa ini untuk berkongsi pengalaman dengan menulis buku kerana beliau memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan peranan baharu beliau sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.
   
Abdul Taib, yang akan meletak jawatan sebagai ketua menteri esok dan digantikan oleh Tan Sri Adenan Satem, dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak yang baharu pada Sabtu.
   
"Ini bukan masanya bagi saya untuk menulis sesuatu dahulu. Saya mahu melihat keadaan dari luar kaca mata ketua menteri," kata beliau.
   
Selepas bersara, Abdul Taib memberitahu Bernama beliau perlu membuat penyesuaian diri dalam kehidupannya selepas begitu lama menjadi pemimpin politik.   

Abdul Taib berharap peranan baharunya akan membolehkan beliau melawat ke seluruh Sarawak untuk berdialog dan bercampur dengan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana bukan berbaur politik.
   
"(Selepas mengundur diri sebagai Ketua Menteri), saya mahu menjadi rakyat Sarawak yang sebenar dan berasa bebas seperti personaliti rakyat Sarawak (daripada) hanya (dikenali sebagai) ahli politik Sarawak," kata beliau. - Bernama

Khamis, 27 Februari 2014

Juanda Jaya bersedia jika dipilih

Mukah: Kehadiran Datuk Dr Juanda Jaya pada majlis terakhir Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di sini, semalam, menguatkan spekulasi pemilihannya sebagai calon mengisi kekosongan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.

Mufti Perlis itu hadir bersama Ahli Parlimen Igan, Datuk Abdul Wahab Dolah ke majlis Abdul Taib, ‘Pemimpin Bersama Rakyat’ di Kingwood Resort. 

Juanda, 42, yang berasal dari Igan mengakui terharu apabila ada pihak menyebutnya sebagai bakal calon bagi kerusi DUN Balingian yang akan dikosongkan Abdul Taib. 

“Syukur Alhamdulillah.... kerana ada juga yang menyebut nama saya dan jika betul saya yang dipilih, saya bersedia kerana sebagai anak didik Tan Sri (Abdul Taib), saya bersedia menerima apa sahaja arahan. 

“Enam tahun lalu, Tan Sri (Abdul Taib Mahmud) secara peribadi mengarahkan saya supaya pergi ke Perlis (menerima tawaran menjadi Mufti) dan saya akur kerana itu arahan beliau,” katanya.

Perkara besar Bagaimanapun, Juanda, menganggap pencalonan sebagai perkara besar yang perlu dibincangkan dengan pelbagai pihak serta mendapat persetujuan daripada pemimpin atasan. 

“Tambahan pula berkhidmat kepada masyarakat sekarang tidak lagi seperti masa dahulu. Terlalu banyak kehendak masyarakat hari ini terutama generasi muda yang perlu kita fahami. 

“Bagaimanapun, saya bersedia untuk memenuhi aspirasi generasi muda itu yang saya lihat perlu kita seimbangkan antara keperluan sosial dan insaniah,” katanya. 

Beliau yang bergegas ke Mukah dari Semenanjung awal pagi semalam, semata-mata mahu menghadiri majlis penghargaan kepada Abdul itu, bagaimanapun berkata kemunculannya bukan untuk memperkenalkan diri. 

Sebaliknya, kehadirannya sebagai mewakili masyarakat Melanau Igan untuk menyatakan penghargaan kepada Abdul Taib yang bersara dari jawatan Ketua Menteri, Jumaat ini. 

“Sebagai generasi yang membesar di bawah kepimpinan beliau, saya tentunya bangga dengan kejayaan beliau mengubah Sarawak daripada negeri paling mundur menjadi antara negeri terkaya di Malaysia ketika ini,” katanya. - BH

SPR terima pengosongan DUN Balingian, mesyuarat 6 Mac


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima makluman rasmi dari Speaker Dewan Undangan negeri Sarawak berhubung dengan pengosongan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.51 Balingian oleh penyandang kerusi tersebut Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata makluman rasmi tersebut diterima pada jam 8.30 pagi tadi dan pengosongan kerusi tersebut akan mula berkuatkuasa pada esok.

“Selaras dengan itu, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas bagi membincangkan semua perkara berkaitan dengan kedudukan kerusi DUN Balingian,” katanya dalam satu kenyataan media.


Mesyuarat tersebut akan dilakukan pada hari Khamis bersamaan 6 Mac jam 10 pagi di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya dan akan diikuti satu sidang media oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/spr-terima-pengosongan-dun-balingian-mesyuarat-6-mac-30903?cp

Ketua Pemuda PBB kecam tindakan DAP berhubung isu perlantikan TYT Sarawak

Isu TYT: Fadillah persoal sikap pembangkang

Kuala Lumpur – Ketua Pemuda Parti Pusaka Bumi Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof menyelar sikap pembangkang yang tidak konsisten berhubung prinsip yang kononnya diperjuangkan. Beliau mengulas tindakan DAP Sarawak yang memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kucing bagi menghalang cadangan perlantikan Tan Sri Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Beliau menegaskan tindakan pembangkang itu sebenarnya cuba untuk menindakkan kuasa Yang di-Pertuan Agong seperti yang telah diperuntukkan di dalam perlembagaan negara. Fadillah turut mempersoalkan tindakan tersebut yang cuba memberikan gambaran, bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh didesak untuk melakukan apa-apa tindakan yang berada di bawah bidang kuasa Baginda.

"Sekiranya mereka mendakwa YAB Pehin Seri (Taib Mahmud) tidak layak menjadi Tuan Yang Terutama (Sarawak) disebabkan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam kes rasuah, penyalahgunaan kuasa atau sebagainya.

"Saya ingin bertanya kepada mereka, adakah terdapat sebarang tindakan mahkamah yang dikenakan ke atasnya? Sedangkan semua dakwaan tersebut langsung tidak dibuktikan, Sedangkan sebagai seorang peguam, ketua DAP Sarawak itu sepatutnya tahu akan undang-undang. Seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah, sehingga disabitkan oleh mahkamah," katanya.

Fadillah turut mempersoalkan, sekiranya pembangkang ingin memperjuangkan asas dan prinsip tersebut, mengapa mereka tetap menyokong Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim?

"Sekiranya benar, mereka (pembangkang) konsisten atas prinsip tersebut, mengapakah mereka menyokong Anwar untuk bertanding di Kajang, di masa yang sama turut membayangkan hasrat untuk menjadi Menteri Besar Selangor? Malah mereka yang mendakwa kononnya berpegang kepada prinsip ini, turut menyatakan sokongan terhadap individu yang sama sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

"Persoalannya apakah Anwar layak menjadi seorang Menteri Besar? Mengapa mereka langsung tidak mempersoalkan isu tersebut? Sedangkan dia pernah disabitkan dengan kesalahan dan dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, dan yang paling penting masih ada kes yang sedang berjalan terhadapnya.

"Mengapa ia tidak dipersoalkan? Sebab itu saya tegaskan isu ini sengaja dibangkitkan untuk kepentingan politik dan jelas membuktikan wujudnya 'double standard' di kalangan pembangkang," ujar beliau lagi.

Selain Anwar, Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP, Lim Guan Eng turut pernah disabitkan oleh mahkamah dan diperintahkan menjalani hukuman penjara selama 18 bulan atas kesalahan menerbitkan berita palsu dan menghasut.

Namun disebabkan sokongan dan pengaruh bapanya yang merupakan Pengerusi DAP Pusat, Lim Kit Siang (pada ketika itu), Guan Eng kembali aktif di dalam politik parti yang kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Agung dan seterusnya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Fadillah menyelar tindakan pembangkang yang tidak berpendirian

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, dalam perjumpaan beliau bersama media semalam, menyelar sikap sesetengah pihak khususnya pembangkang yang sengaja mereka cipta isu untuk memburuk-burukkan kerajaan berhubung pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Menurut Datuk Fadillah, yang juga Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), secara faktanya idea pembinaan jambatan itu wujud ketika zaman Tun Dr Mahathir menerajui kepimpinan negara, seterusnya dilaksanakan semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan akhirnya disiapkan sepenuhnya ketika Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak mengambil alih pentadbiran negara. Ia sekali gus menolak dakwaan, kononnya kerajaan Barisan Nasional menciplak idea pembangkang berhubung pembinaan jambatan tersebut.

"Kalau nak diikutkan, pembangkang (pada ketika itu) yang membangkitkan isu untuk menolak pembinaan jambatan ini atas pelbagai alasan seperti membazir dan sebagainya. Namun atas dasar kepentingan rakyat, Kerajaan Barisan Nasional tetap meneruskan pembinaannya, walaupun mereka (pembangkang) menguasai kerajaan."

Datuk Fazilah juga turut menolak dakwaan kononnya pihak kerajaan sengaja meluluskan pembinaan jambatan tersebut secara bengkang-bengkok agar kos pembinaannya meningkat sekali gus mengaut keuntungan hasil dari kutipan tol.

"Mengapa ia bengkang-bengkok, sudah pasti ada sebabnya, (kerajaan) bukan sengaja nak memanjangkan. Selain melihat kepada kesesuaian muka bumi dan akhirnya disusuli dari sudut teknikal, barulah ia dibuat penilaian dan diputuskan. Dari segi teknikal, satu dari jajaran yang akan dilalui dan ia perlu melihat kepada bentuk muka bumi. Sama ada apa yang berada di bawah (dasar laut) dan apa yang berada di daratan."

"Dari situ pula akan dibuat kajian, apakah kesannya kepada alam sekitar termasuklah yang berada di dalam laut agar kehidupan laut tidak terjejas. Semua ini telah diteliti terlebih dahulu dan inilah hasilnya seperti yang akan kita lihat nanti," jelas beliau ketika ditemui semalam. Malah menurut beliau lagi, pembinaan jambatan ini juga sekali gus menolak dakwaan yang kononnya kerajaan Barisan Nasional bersikap 'pilih kasih' khususnya kepada negeri yang ditadbir oleh PR.

"Sesuai dengan apa yang dilafazkan oleh Perdana Menteri, bahawa kerajaan Barisan Nasional perlu memberikan fokus kepada rakyat dan diikuti dengan pencapaian. Atas sebab itu, kita tidak mengira sama ada rakyat itu pembangkang ataupun tidak. Walaupun mereka (PR) yang memerintah, kerajaan tetap meneruskan pembinaan projek tersebut, bila kita janji, kita akan laksanakan. Kerana ia memberikan pulangan yang besar kepada rakyat sekali gus memberikan impak kepada ekonomi negara."

"Sebagai contoh (sekitar) kawasan Batu Kawan (tanah besar) dan Batu Maung di bahagian pulau, sebaik sahaja jambatan ini siap dibina, kita sudah boleh melihat kesannya. Pembangunan industri, perumahan, pusat komersial dan sebagainya. Ini sudah pasti akan memberi peluang perniagaan dan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat (khususnya) dan mereka yang tinggal di zon utara (amnya)," jelas beliau lagi.

Pembukaan Jambatan Pulau Pinang kedua itu akan diadakan serentak dengan majlis perasmiannya yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri pada hari Sabtu, 1 Mac 2014.

Pembangkang mengajak rakyat berdemonstrasi Sabtu ini, Kuching?

Pembangkang seru Rakyat Sarawak buat demonstrasi seperti di Semenanjung?

Agak terkilan apabila ada pihak melaporkan kepada Sarawak Channel bahawa satu Pemhimpunan akan diadakan di Kuching yang akan dianjurkan oleh  Borneo Resources Institute Malaysia (BRIMAS) dengan tujuan untuk Membantah perlantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai TYT Sarawak yang baharu. Difahamkan VIP yang bakal hadir pada perhimpunan tersebut adalah Zulhaidah Subuh, iaitu selaku Setiausaha PKR, Miri.

Sekiranya benar apa yang seperti dilaporkan, ini menunjukan bahawa para Parti Pembangkang semakin terdesak sehingga menggesa orang ramai terutama rakyat Sarawak untuk berhimpun seperti di semenanjung ala-ala perhimpunan Bersih yang pernah diadakan di padang Merdeka, Kuala Lumpur tahun lalu. 

Berdasarkan makluman yang diterima, orang ramai yang hadi rpada perhimpunan itu kelak akan mengenakan baju T-shirt berwarna hitam dan akan mengibarkan bendera separuh tiang. - SC

Raptai Majlis Angkat Sumpah KM baharu

KUCHING: Raptai Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak yang baharu, diadakan di Astana Negeri di Petra Jaya, semalam.

Raptai susun acara yang bermula jam 9 pagi itu diketuai Setiausaha Sulit Kanan Yang di- Pertua Negeri Datuk Khir Busrah dan disertai kakitangan-kakitangan Astana.

Menteri Tugas-Tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem, 70, dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu esok (Jumaat) di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin di Astana Negeri.

Majlis rasmi itu adalah yang terakhir bagi Tun Abang Muhammad Salahuddin sebagai Yang di-Pertua Negeri sebelum Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengambil alih.

Tun Salahuddin menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 2 April 1977 hingga 1 April 1981 dan dilantik semula pada 5 Disember 2000 dan akan tamat pada 28 Februari ini.

Pada hari yang sama, Taib dijadualkan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk diperkenankan sebagai Yang di-Pertua Negeri ketujuh.

Yang di-Pertua Negeri yang baharu dijangka akan menghadiri Majlis Angkat Sumpah di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya pada Sabtu ini.- BP

Bekir nafi dirinya calon Balingian

KUCHING: Anak Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib menafikan beliau adalah calon untuk Balingian apabila Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu kelak.

Beliau berkata, masih terlalu awal bagi dirinya untuk berkecimpung dalam dunia politik ekoran tanggungjawabnya dalam sektor korporat.

“Saya mengutamakan kepentingan penduduk Sarawak namun jika saya dipanggil untuk berkhidmat, saya akan melakukan yang terbaik tetapi sekarang saya amat sibuk dalam sektor korporat.

“Saya bersedia berkhidmat… cuma saya rasa saya belum diperlukan dalam masa terdekat ini,” jelasnya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Penyerahan Kontrak antara Sarawak Energy Berhad dengan usaha sama Sinohydro Corporation Sdn Bhd-Trenergy Infrastructure Sdn Bhd di Menara SEB The Isthmus di sini, semalam.

Bekir yang juga pengerusi Trenergy Infrastructure Sdn Bhd berkata demikian ketika ditanya jika beliau berminat untuk bertanding di kerusi Balingian apabila ia dikosongkan oleh bapanya kelak.

PRK di Balingian dijangka boleh diadakan bila-bila masa apabila Taib mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ADUN Balingian semalam yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri pada 2001.

Taib dijangka menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian kepada Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar hari ini.

Taib, 77, presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 12 Februari lalu mengumumkan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri yang disandangnya lebih tiga dekad sejak 1981, berkuat kuasa 28 Februari ini.

Taib dijangka akan menjadi Yang di-Pertua Negeri baharu bagi menggantikan Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin yang akan bersara pada 28 Februari ini. - BP

Rabu, 26 Februari 2014

Taib kosongkan kerusi Dun Balingian

MUKAH -  Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Balingian pada Jumaat (28 Februari) serentak dengan pelepasan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak.
    
Beliau membuat pengumuman ini di Mukah, Sarawak hari ini.
    
Taib dilaporkan akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang DiPertua Negeri Sarawak Ketujuh pada Sabtu, selepas menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. juga pada Jumaat. -Bernama

PBB mesyuarat tentukan calon Balingian

KUCHING - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen terbesar dalam Barisan Nasional (BN) Sarawak, akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi untuk memutuskan calon BN bagi kerusi Dun Balingian yang akan dikosongkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Jumaat ini.
    
Setiausaha Agung PBB, Datuk Dr Stephen Rundi memberitahu Bernama hari ini, bahawa parti itu telah mula membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil itu selepas Taib mengumumkan beliau akan meletak jawatan sebagai ketua menteri pada 28 Februari.

Taib yang mempertahankan kerusi Balingian sejak pilihan raya negeri 2001, berkata beliau menyerahkan kepada bakal Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem untuk mengumumkan calon BN.

"Kami telah menjangkanya (Taib berhasrat untuk mengosongkan kerusi Balingian) dan telah membuat persiapan yang perlu...dan kami yakin dapat mempertahankan kerusi itu," kata Dr Rundi yang juga Setiausaha Agung BN Sarawak.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dijangka mengadakan persidangan media esok untuk mengumumkan mengenai pengosongan kerusi Balingian. - Bernama

Khalid membelakangkan Anwar, bekerjasama bersama kerajaan pusat untuk selesai isu air di Selangor

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak dimaklumkan berkenaan Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandangani Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) berhubung isu air di Selangor.

Ketua Pembangkang itu berkata Khalid memaklumkan beliau daripada masa ke semasa berkenaan rundingan antara kerajaan Selangor dan kerajaan Pusat berhubung perkara itu, tetapi butir terperinci berkenaan perjanjian berkenaan tidak dimaklumkan kepadanya.

"Saya mengetahui perjanjian yang dibuat sebelum ini, Khalid maklumkan kepada saya daripada masa ke semasa.

"Tetapi tidak yang terakhir ini. Saya tidak tahu," katanya ketika ditemui pemberita dalam program "Sepetang Bersama Anwar Ibrahim" di Kajang, lewat petang tadi.

Kerajaan negeri Selangor menandatangani perjanjian MoU dengan KeTTHA berhubung pemilikan konsesi air di Selangor awal hari ini.

Perdana Menter,i Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyaksikan upacara menandatangani MoU berkenaan antara Khalid dan Datuk Seri Maximus Ongkili di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

"Khalid baru beri gambaran. Pada dasar kita mahu penyelesaian segera. Tetapi saya tidak mahu ulas, beliau baru bagi gambaran umum. Bila beliau beri secara terperinci saya boleh ulas," kata Anwar kepada pemberita.

"Secara prinsipnya kita bersetuju (kerana) dapat selesaikan masalah air dengan segera," kata calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang itu lagi.

Khalid menandatangani MoU berkenaan bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambilalihan saham syarikat konsesi.

Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2.

Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor yang akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.

Maklumat yang diperoleh daripada Pejabat Menteri Besar Selangor itu turut menyatakan, melalui pengambilalihan ini, diharap mampu menyelesaikan masalah air kerana kerajaan negeri memiliki kemampuan kewangan dan tenaga kerja berpengalaman di samping pengurusan air yang lebih cekap dan mantap.

Berdasarkan kenyataan bersama yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor dan kementerian berkenaan petang tadi, Loji Langat 2 akan diteruskan pembinaannya dalam tempoh 30 hari selepas MoU berkenaan ditandatangani.

"Kerajaan Persekutuan juga bersetuju menjadi pemudah cara bagi kerajaan negeri Selangor melaksanakan penstrukturan semula industri melalui Akta Perkhidmatan Industri Air (WSIA) 2006 dan mana undang-undang terpakai.

"Sebagai balasan, kerajaan negeri pula akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya berkuatkuasa hari ini.

"Dan kita akan memastikan semua kelulusan dan kebenaran yang berkait pembangunan projek Langat 2 diluluskan dalam masa 30 hari daripada tarikh memorandum ini ditandangani," kata kenyataan tersebut. – 26 Februari, 2014.

Marina Tun Mahathir saman ISMA kerana difitnah

KUALA LUMPUR: Aktivis sosial Datin Paduka Marina Mahathir menyaman Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan 15 anggota jawatankuasa (AJK) pertubuhan itu berhubung pernyataan berunsur fitnah mengaitkannya dengan aktiviti Gabungan Badan Bukan Kerajaan (Ngo) Hak Asasi Manusia (Comango).

Dalam saman itu, Marina, yang juga anggota Lembaga Pengarah Sisters in Islam (SiS) menamakan presiden pertubuhan itu Abdullah Zaik Abd Rahman, timbalan presidennya Aminuddin Yahaya dan naib presiden Abdul Rahman Mat Dali serta 13 AJK pertubuhan itu sebagai defendan.

Marina, yang diwakili peguam Muhammad Faizal Faiz Mohd Hasani memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill pada 16 Jan lepas.  Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu hari ini ketika kes disebut di dalam kamar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop.

Peguam Azad Bashir, yang mewakili kesemua defendan, memberitahu pemberita bahawa Rosilah menetapkan 10 Mac ini untuk kesemua defendan memfailkan pernyataan pembelaan mereka.

Dalam pernyataan tuntutannya, Marina mendakwa ISMA mengedarkan 70,000 risalah bertajuk “Antara 54 NGO dalam Comango” di masjid-masjid sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya, Seremban, Samarahan (Sarawak), Melaka, Kuantan dan Kuala Terengganu pada 8 Nov tahun lepas.

Bekas Pengerusi Yayasan Aids Malaysia (MAF) itu mendakwa ISMA juga menerbitkan artikel lain bertajuk “ISMA edar 70,000 risalah dedah dalang Comango” di dalam laman web ISMA di http://www.ismaweb.net dengan pautan laman web ISMA facebook di https://wwww.facebook.com/isma.malaysia pada tarikh yang sama (8 Nov).

Beliau mendakwa pernyataan-pernyataan fitnah itu membawa maksud bahawa beliau dikaitkan dalam aktiviti Comango, terlibat secara peribadi di dalam laporan yang diterbitkan Comango dan menjadi dalang di sebalik Comango serta tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Marina mendakwa pada 11 Nov tahun lepas beliau mengeluarkan satu kenyataan akhbar dengan menjelaskan bahawa tuduhan itu adalah palsu dan beliau langsung tidak terlibat dalam proses mengeluarkan laporan Comango serta memberi peluang kepada kesemua defendan untuk menarik balik tuduhan terbabit.

Namun, Marina mendakwa pada tarikh yang sama, ISMA melalui Aminuddin selaku defendan kedua membuat kenyataan akhbar dan turut mengulangi tuduhan palsu terhadapnya dan Marina mendakwa beliau sekali lagi mengeluarkan kenyataan akhbar dua hari selepas itu untuk membalas tuduhan itu.

Marina mendakwa kesemua defendan gagal untuk menarik balik pernyataan-pernyataan fitnah itu walaupun tiga surat bertarikh 19 Nov, 27 Nov dan 12 Dis 2013 dihantar kepada mereka.

Akibat pernyataan fitnah itu, Marina mendakwa reputasinya tercemar dan beliau menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi teruk, satu injunksi untuk menghalang kesemua defendan daripada menerbitkan semula pernyataan fitnah itu dan permohonan maaf daripada kesemua defendan berserta faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

- Bernama

Pembangkang sedaya upaya halang Taib jadi TYT

KUCHING: Laluan Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) bakal menemui jalan sukar apabila Adun Padungan, Wong King Wei mengemukakan saman writ.

Wong mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kuching tengah hari semalam untuk melarang Taib daripada menerima pelantikan sebagai TYT Sarawak.

“Kita mencari pengadilan ini melalui mahkamah kerana perkara ini melanggar Artikel 2(2) perlembagaan negeri,

“Permohonan injuksi ini akan diajukan pada esok hari dan mahkamah perlu mendengar perkara ini secepat mungkin sebelum hari Sabtu,” kata beliau ketika dihubungi FMT.

Beliau berkata Taib harus dilarang atau ditegah untuk menjadi TYT Sarawak kerana Artikel 2(2) perlembagaan negeri berkata bahawa TYT tidak boleh terlibat aktif dengan apa-apa jenis perniagaan atau syarikat.

Untuk rekod Taib memegang jawatan sebagai Pengarah syarikat Mesti Bersatu Sdn. Bhd (Company No 758849) sejak 9 Mei 2007 dan sehingga kini tetap menjadi salah satu  Pengarah Mesti Bersatu.

“Defendan merupakan pemegang saham Mesti Bersatu dengan jumlah pegangan 400,000 saham dalam syarikat,

“Kita memberikan 14 hari kepada Taib yang memegang jawatan Ketua Menteri sejak 26 Mac 1981 untuk tampil sebelum mahkamah dari tarikh saman writ dikemukakan atas beliau,” tegas beliau.

Menurut Wong, kes terbabit akan didengar pada esok hari di Mahkamah Tinggi Kuching oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah, Yang Arif Chew Soo Ho. - FMT

Pehin Sri berjumpa rakyat di Mukah

Majlis Perjumpaan Rakyat bersama YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud Ketua Mentri Sarawak pada 26 Febuari 2014 (Rabu) jam 9.30 pagi di Kingwood Resort Mukah.

PAS pertikai tindakan Imigresen Sarawak tolak kemasukan Mazlan Aliman

Andri Zulkarnaen, Ketua Penerangan Badan Perhubungan Sarawak
KUCHING: Badan Perhubungan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak memohon larangan masuk terhadap Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat Mazlan Aliman di Lapangan Terbang Sibu diperjelaskan.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Sarawak Andri Zulkarnaen Hamden berkata, penangkapan itu adalah tidak wajar kerana tanpa asas kukuh sebab ia dibuat.

“Beliau tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan jenayah di seluruh Malaysia khususnya Sarawak.

“Sudah menjadi amalan di mana-mana juga di dunia ini, seseorang ditahan atau dihalang dari memasuki sesuatu negara atau negeri mestilah dibuktikan bersalah berserta fakta-fakta kukuh lagi konkrit,” katanya ketika ditemui selepas bertemu dengan pegawai-pegawai kanan Jabatan Imigresen Negeri di Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga di sini, semalam.

Mazlan yang menaiki penerbangan dari Senai, Johor tiba di Lapangan Terbang Sibu jam 11.25 pagi Sabtu lepas apabila ditahan dan dihalang masuk ke Sarawak tanpa sebarang alasan munasabah.

Beliau yang merupakan salah seorang ahli Jawatankuasa Penganjur Program Himpunan Tanah Rakyat yang diadakan di Beting Maro, Pusa, kemudian dihantar balik ke Senai pada jam 12.15 tengah hari pada hari yang sama.

Menurut Andri, Mazlan telah membuat semakan imigresen sebelum ini dan disahkan tidak ada sebarang halangan untuk masuk ke Sarawak.


“Jelas sekali penahanan Mazlan ini adalah bersifat politik dan ulangan kepada penahanan dikenakan terhadap beliau pada 6 Julai 2011 di Lapangan Terbang Miri,” katanya. - BP

Sudah melampau! Abdul Aziz Isa mahu hapus Taraf Bumiputera sedia ada!

KUCHING: Masyarakat Cina dan India di Sarawak harus diiktiraf sebagai bumiputra kerana negara ini bukan milik Melayu dan orang Pribumi Sarawak sahaja. 

Jurucakap DAP, Abdul Aziz Isa berkata bahawa kini sudah tiba masanya untuk orang Sarawak menerima masyarakat India dan Cina di Sarawak sebahagian daripada mereka. 

“Sudah 50 tahun kita sudah merdeka majoriti masyarakat India dan Cina lahir di bumi ini selepas merdeka, “Mereka lahir di sini, mereka dibesarkan di sini dan mencurahkan bakti disini, semangat patriotik mereka tidak harus dipersoalkan, “Jika kita tidak mengiktiraf mereka maksudnya kita menafikan sumbangan mereka sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia,” beliau mengulas kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa beliau ingin menghapuskan bumiputra. 

Blogger PBB sebelum ini mendakwa Aziz ingin menghapuskan taraf bumiputra di Sarawak. 

“Adakah waras perjuangan sebegini? Inikah yang diharap-harapkan oleh penduduk pedalaman atau seluruh orang bumiputera Sarawak? 

Secara tidak langsung Abdul Aziz Isa mendedahkan bahawa perjuangan DAP adalah menghapuskan status bumiputera!, “Akan tetapi ianya disampaikan dalam ayat berbentuk kenyataan ‘spin’ atau retorik!” ujar kenyataan blogger terbabit. 

Aziz berkata semua rakyat yang menjadi warganegara Sarawak sebelum membentuk Malaysia harus diiktiraf sebagai Bumiputera. 

“Perkataan Bukan Bumiputera ke atas masyarakat Cina dan India tidak harus digunapakai, “Cina dan India adalah Bumiputera di Sarawak seperti bangsa lain,” tegas beliau. - FMT Baca selanjutnya

Husam tawar diri jadi orang tengah, cuba tutup kes fitnah

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menawarkan diri menjadi orang tengah menyelesaikan isu saman RM2juta antara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan bekas calon PKR Mohd Shamsul Mat Amin luar mahkamah.
“Saya boleh faham kedua-dua situasi di mana seseorang rasa terluka hati dan saya berharap rakan kita yang buat saman itu mungkin dia nak pengiktirafan terhadap maruah beliau dan saya juga yakin Presiden (Hadi) sedia buat rundingan.
“Kalau tidak ada orang lain nak mainkan peranan tu saya nak tawarkan diri.
“Saya tak kenal calon (PKR) tersebut tetapi saya nak tawarkan diri supaya ada penyelesaian luar mahkamah terhadap kes ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini hari ini.
Husam berkata, menjadi tanggungjawab ahli mempertahankan pemimpinnya dan yakin perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik.
“Saya tak tahu apa sebab dari segi teknikal sampai berlakunya perkara ini…selaku Naib Presiden saya kena jaga (kedudukan) Presiden,” katanya.
Ditanya sama ada Hadi perlu mengemukakan permohonan maaf, bekas Exco Kelantan itu berkata ada beberapa jalan lain lagi yang boleh diambil untuk menyelesaikan kemelut itu.
“Kedudukan kedua-dua pihak kena fahami. Mungkin yang menyaman itu dia bukan nak sangat wang…Hadi pula saya yakin dia buat kenyataan itu bukan nak jatuhkan maruah mana-mana pihak,” katanya. - FMT Baca selanjutnya

Hadi fail permohonan ketepikan perintah ingkar

KUALA TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan memfailkan permohonan bagi mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, di Mahkamah Tinggi, di sini, esok.

Permohonan itu akan difailkan peguam Pas, Asmuni Awi, untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar yang dikeluarkan mahkamah Ahad lalu.

Asmuni berkata, pihaknya sudah selesai proses dokumentasi yang diperlukan, dan yakin perintah penghakiman ingkar itu boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes berkenaan.

“Saya tidak boleh ulas lanjut, tetapi kita yakin boleh selesaikan perkara ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, Ahad lalu, Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap Ketua Angkatan Muda PKR Dungun itu.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan selepas Abdul Hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan Mohd Shamsul (plaintif) pada 5 Disember tahun lalu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Mohamad Nasrudin Mohamed, merekodkan penghakiman itu selepas membenarkan permohonan Mohd Shamsul melalui peguamnya, A Vasudevan.

Abdul Hadi gagal hadir sepanjang tiga kali kes itu disebut di mahkamah dan tidak mengemukakan sebarang memorandum ketidakhadiran atau pembelaan terhadap tuntutan itu.

Mohd Shamsul memfailkan saman itu bagi membersihkan namanya, susulan ceramah Hadi (defendan) di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tahun lalu.

Beliau mendakwa ceramah itu mengaitkan calon PKR dengan pil kuda, sekali gus menjatuhkan maruahnya dan keluarga serta menjejaskan reputasinya sebagai calon PKR dan ahli perniagaan.

Plaintif sebelum ini menghantar surat kepada Hadi menuntut permohonan maaf secara terbuka, namun dalam surat balasnya, Presiden Pas itu menafikan pernah mengaitkan plaintif dengan kegiatan penagihan pil kuda.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa fitnah Hadi menyebabkan dia berdepan tekanan emosi dan mental berpanjangan serta menerima cemuhan dan penghinaan serta dipandang serong oleh masyarakat.

Katanya, Hadi membuat tuduhan itu sebagai penjelasan kepada tindakan meletakkan calon Pas di tempat yang ditandingi calon PKR, sehingga berlaku pertindihan calon dalam pembangkang
. - SH

PUNB Sasar Perluas Pembiayaan Di Sarawak

KUCHING - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) mempelawa lebih ramai usahawan Bumiputera di Sarawak memohon pembiayaan daripada agensi itu bagi membolehkan mereka mengembangkan perniagaan.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam berkata setakat ini hanya 34 syarikat usahawan Bumiputera Sarawak membuat pinjaman daripada PUNB berjumlah RM34.6 juta.

"Kita dapati penyertaan Bumiputera di Sarawak masih rendah berbanding keseluruhan lima ribu syarikat Bumiputera dan 7,500 usahawan yang bernaung di bawah PUNB dan RM1.8 bilion pinjaman yang telah dikeluarkan setakat ini.

"Jadi, tahun ini harap dapat menarik sekurang-kurangnya 30 lagi usahawan Bumiputera dari Sarawak untuk mendapatkan dana PUNB dengan anggaran nilai pinjaman RM10 juta," katanya pada sidang media selepas sesi penerangan bersama usahawan PUNB Sarawak di sini Selasa.

Pada masa ini, dana pembiayaan PUNB disalurkan menerusi empat skim iaitu Skim Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan (Prosper), Skim Pemborong Prosper, Skim Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta Skim Prosper Siswazah, dengan tawaran pembiayaan daripada RM5,000 hingga RM5 juta.

Mohd Ali berkata di Sarawak, majoriti pinjaman membabitkan skim PKS (RM28.69 juta), Runcit (RM4.7 juta), Skim Pemborong Prosper (RM1.1 juta) dan Skim Prosper Siswazah (RM140 ribu).
Katanya masih banyak potensi perniagaan yang boleh diteroka oleh usahawan Bumiputera di Sarawak, termasuk sektor peruncitan, pasar raya, alat ganti, bengkel, perkakasan dan pembinaan, barangan elektrik serta stesen minyak termasuk Stesen Minyak Luar Bandar Buraqoil.

Beliau berkata bagi mempercepat penglibatan usahawan Bumiputera di negeri ini, PUNB akan membuka pejabat di bangunan TopSpot, Kuching tidak lama lagi bagi memudahkan interaksi dengan golongan usahawan Bumiputera tempatan.

Sementara itu, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan) Datuk Mohd Noroden Majais berharap lebih ramai usahawan Bumiputera merebut peluang pinjaman yang ditawarkan PUNB untuk memperkasa ekonomi mereka.

Ini, katanya, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melihat lebih ramai Bumiputera memiliki ekuiti dalam apa juga pelaburan yang ditawarkan oleh kerajaan pusat atau negeri.

Katanya daripada keseluruhan 2.8 juta rakyat Sarawak, hanya kira-kira 95,000 yang terlibat dalam sektor keusahawanan, dan daripada jumlah itu, 80 peratus membabitkan usahawan PKS dalam kategori mikro. - BERNAMA 

Isu Taib dan TYT diguna untuk raih sokongan PKR oleh Abang Zulkifli Abang Engkeh

Artikel ini adalah merujuk kepada terbitan The Malaysian Insider hari ini Klik di sini yang bertajuk : 
Abdul Taib Mahmud Tidak Perlu Menongkah Arus - Abang Zulkifli Abang Engkeh,  (beliau merupakan bekas Calon Parti Keadilan Rakyat -PKR N.51 Saribas pada PRN ke-10 pada tahun 2011 yang lalu).

SarawakChannel melihat, ini adalah merupakan salah satu daripada cubaan-cubaan daripada pihak pembangkang untuk meracuni fikiran rakyat agar bersama-sama acuan Pakatan Pembangkang untuk menyokong pendapat-pendapat yang tidak beretika ini. Sudah semestinya seluruh rakyat di Malaysia sudah memahami taktik Pakatan Rakyat yang lebih suka mengadakan propaganda untuk menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat agar bangkit dan menentang dasar-dasar pentadbiran kerajaan secara tidak aman seperti mengadakan demonstrasi dan tindakan tidak beretika.

Abang Zulkifli Abang Engkeh boleh dilabelkan sebagai mereka yang cuba untuk menaikan nama sendiri dengan memainkan isu perlantikan YAB Pehin Sri sebagai TYT Sarawak. Hakikatnya, beliau pernah bertanding untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak atau berharap untuk menjadi YB tetapi telah tersungkur dan tewas di tangan anak muda YB Razi Sitamm iaitu Calon PBB/BN pada ketika itu. 

Kenyataan Abang Zulkifli Abang Engkeh di dalam penerbitan TMI tersebut sama sekali jauh terpesong daripada pandangan dan kemahuan anak-anak jati seluruh rakyat Sarawak di mana mereka mahukan YAB Pehin Sri untuk tidak terus meninggalkan arena pentadbiran negeri ataupun terus masih untuk memimpin dalam memberi nasihat dan pandangan sebagai panduan kepada pemimpin yang lain. Kepimpinan Pehin Sri tidak dapat dipertikai kerana beliau adalah merupakan diantara Ketua Menteri Sarawak paling lama memegang jawatan itu iaitu selama 33 tahun. 

Sekiranya rakyat tidak mahukan YAB Pehin Sri untuk mentadbir negeri pastinya Parti PBB menjadi lemah kerana tidak mendapat sokongan padu rakyat. Namun, kejayaan dan kekuatan Parti PBB dan beberapa parti komponen BN yang lain membuktikan bahawa rakyat lebih bijak menilai biarpun berbagai-bagai tohmahan dan laporan-laporan serti ini seringkali dimainkan di media-media massa terutama di laman media sosial dan portal pro-pembangkang.

Apa yang lebih jelas, Pakatan Pembangkang semakin tidak senang duduk dan kelihatan amat risau sekali apabila melihat perpaduan dan kekuatan pentadbiran dan Parti BN Sarawak semakin kukuh. Sangkaan mereka selama ini meleset apabila menganggap apabila YAB Pehin Sri mengundur diri, peluang dan ruang untuk pakatan pembangkang melebarkan fahaman menjadi seperti PKR, PAS dan DAP di semenanjung dilihat semakin sukar. Lebih-lebih lagi pakatan pembangkang dilihat amat cenderung ke arah budaya politik di semenanjung dimana lebih banyak menggunakan kaedah berbentuk provokasi, hasutan, demonstrasi termasuk kecaman peribadi pemimpin contohnya seperti pandangan peribadi Abang Zulkifli Abang Engkeh terhadap YAB Pehin Sri seperti artikel dinyatakan di atas.



.

Lelaki menyamar pegawai polis berjaya ditangkap di Sibu

SIBU: Seorang lelaki men­yamar sebagai pegawai polis berpangkat ASP berjaya ditangkap polis di pusat beli-belah di Kampung Nyabor di sini, petang kelmarin.

Sebelum tangkapan, se­orang penganggur berjumpa dengan suspek dan mem­beritahunya bahawa dia boleh membantunya untuk mencari pekerjaan sebagai anggota po­lis tanpa melalui proses temu duga dan sebagainya.

Suspek bagaimanapun memberitahunya bahawa dia hanya perlu membayar RM250 bagi membolehkan­nya menguruskan pemohonan untuk mendapat kelulusan yang cepat.

Teruja dengan peluang tersebut, pengadu memberi­tahu ibu bapanya mengenai perkara tersebut.

Mengesyaki sesuatu yang tidak kena, ibu bapa pengadu memberitahu anak mereka bahawa itu hanya satu peni­puan.

Tanpa teragak-agak ked­ua-dua ibu bapa pengadu membawa anak mereka un­tuk membuat laporan polis mengenai pegawai yang ber­pangkat ASP tersebut.

Bertindak daripada maklu­mat, sepasukan polis meminta pengadu membuat temu janji dengan suspek di sebuah pusat mbeli-belah di Jalan Kampung Nyabor pada jam 4 petang kelmarin.

Sebaik sahaja suspek muncul untuk berjumpa dengan pen­gadu, pasukan polis bertindak menahan suspek berumur 24 tahun untuk tindakan lanjut.

Siasatan awal polis men­dapati suspek telah bergiat aktif melakukan penipuan seumpamanya sejak 2008.

Suspek berbangsa Iban itu pernah terlibat dalam beberapa kes termasuk kes curi dan kes tipu di Kanowit sebelum ini.

Suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan. - BP