Isnin, 10 Februari 2014

Abdul Taib jumpa Yang di-Pertua Negeri Sabtu ini


KUCHING: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, akan menemui Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng Sabtu ini bagi memaklumkan pengunduran serta menyerahkan nama pengganti beliau.


Katanya, tiada apa yang perlu dipercepatkan kerana beliau sudah cukup bersedia bagi melepaskan semua jawatan. 


"Saya akan berjumpa Yang di-Pertua Negeri 15 Februari ini... saya akan bersara, jangan bimbang," katanya kepada pemberita di sini, sebentar tadi.

Tiada ulasan: