Isnin, 17 Februari 2014

Adenan jemput Effendi berbincang

Bekas Menteri Pertanian Datuk Seri Effendi Norwawi (gambar) bersedia membantu pentadbiran baharu Sarawak jika diminta berbuat demikian termasuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian jika berlaku kekosongan.
Bakal Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang mengesahkan perkara itu berkata beliau ada menghubungi Effendi kelmarin dan akan berbincang dengan Effendi berhubung peranan yang boleh dimainkan beliau dalam pentadbiran baharu negeri ini.
Adenan berkata mereka akan membincangkan beberapa perkara apabila bertemu kelak tetapi tidak menyatakan butiran lanjut.
"Saya akan bincang dengan beliau...Effendi Norwawi dialu-alukan untuk bertemu saya pada bila-bila masa.
"Apabila beliau datang bertemu saya, kami akan bincang beberapa perkara," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Persandingan Dayang Dina Masfira Abang Affendi dan Azlan Shah Patrick Ling di kediaman bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen di Kuching hari ini.

Tiada ulasan: