Selasa, 11 Februari 2014

Waytha Moorthy Sah Letak Jawatan Timbalan Menteri

PUTRAJAYA: Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin mengesahkan Pengerusi Hindraf, P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Sumber daripada PMO berkata, surat perletakan jawatan itu diterima pada pukul 5 petang Isnin.
Hindraf, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh setiausahanya, P. Ramesh pada Sabtu bahawa kegagalan Kerajaan untuk menepati janji di bawah memorandum persefahaman yang ditandatangani sebelum pilihan raya umum 5 Mei lalu, sebagai punca perletakan Waytha Moorthy.

Tiada ulasan: