Rabu, 19 Februari 2014

Azwan Ali kata abangnya Azmin layak jadi MB Selangor

Pengacara sensasi, Azwan Ali menganggap abangnya, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali individu layak memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.
 
Menurut Azwan, Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa itu sudah banyak berjasa kepada PKR dan negeri itu.
 
"Isu Menteri Besar ini bukan kerana dia abang saya, namun sudah tiba masanya kerusi MB Selangor itu diserahkan kepada orang bernama Azmin Ali. Orang nak cakap apa pun, memang dia layak.
 
"Pertama, dia antara yang menang majoriti besar di Selangor dan saya jumpa ramai orang dan mereka suka Azmin. Kepada haters Azmin, apa masalah mereka? Yang mereka sakit hati Azmin Ali naik jadi MB apa hal,"? katanya dalam laporan media
 
Sambil menyifatkan Azmin orang kanan dan setia kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding sesetengah pegawai-pegawai peribadi (PA).
"Satu lagi, kenapa Azmin layak kerana dialah orang kanan Anwar Ibrahim yang paling setia. Kalau ikut PA lain, semua dah lingkup. Mereka tak kuasa dah dengan Anwar.
 
"Saya cabar Anwar Ibrahim jawab soalan ini. Lainlah kalau Azmin tak layak, sebaliknya dia memang layak pun. Ramai orang yang nak lihat dia jadi MB," soalnya
 
Azwan menyatakan rasa kagumnya terhadap pendirian Azmin yang telah berjuang bermati-matian untuk menunjukkan dia melakukan perkara yang betul.
 
"Saya menyokong Azmin kerana semangat tinggi dia sebagai seorang abang yang menerima macam-macam cabaran dan cemuhan untuk bertahan dalam politik.
 
"Hanya sokongan moral sebagai seorang adik kepada abangnya. Tetapi, insha Allah saya tidak menjurus kepada perjuangan partinya.

Sebelum ini, pergaduhan adik- beradik berlaku antara Azwan dan adik kandungnya Ummi Hafilda dimana Azwan secara terbuka menyerang Ummi di twitter dengan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya.
 
Demi untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan, Azwan dan adiknya mengambil keputusan untuk kembali berdamai.
 

Tiada ulasan: