Jumaat, 21 Februari 2014

Bekas menteri nafi tahu tentang ‘dana politik’ - Kes mahkamah Setpol

Hasbie Satar, Bekas Setiausaha Politik
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa dia tidak tahu menahu tentang 'dana politik' kerana "saya bukan ahli politik".
Nor Mohamed (gambar), yang juga bekas ahli parlimen Tasik Gelugor, memberikan keterangan sebagai saksi pendakwa dalam kes penggubahan wang haram melibatkan bekas setiausaha politik beliau, Hasbie Satar, hari ini.
Hasbie, 41, (gambar) yang didakwa menggubah wang berjumlah RM2,134,656, ditangkap pada 11 Februari 2010 apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu sebuah apartmen dan menjumpai wang itu.
Pegawai yang berasal dari Sarawak itu didakwa memperolehi wang itu dari sumber tidak baik di apartmen di Teluk Air Tawar, Butterworth.
Dia minta dibicarakan pada Februari 2011 lalu.

Tiada ulasan: