Khamis, 13 Februari 2014

Bersedia untuk PRK DUN Balingian

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian akan diadakan jika penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengosongkan kerusi itu sebelum 21 Jun ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
Bagaimanapun, katanya, jika Taib mengosongkan kerusi itu selepas tarikh berkenaan, SPR tidak lagi perlu mengadakan sebarang pilihan raya kecil bukan sahaja di kawasan berkenaan, tetapi di seluruh Sarawak.
Mengikut Undang-undang Tubuh negeri, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika terdapat sebarang kekosongan dalam tempoh dua tahun Dewan Undangan Negeri tamat tempoh.
Tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat ialah pada 20 Jun 2016 dan tempoh dua tahun bermula pada 21 Jun 2014.
Abdul Aziz berkata, SPR sentiasa bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan PRK di DUN Balingian.
Beliau berkata, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, PRK perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan kerusi.

Tiada ulasan: