Khamis, 20 Februari 2014

BN tak perlu tanding di Kajang, kata USBO

KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (USBO) Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak menyarankan agar Barisan Nasional (BN) menimbang untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini.
Beliau berkata  BN perlu berhati-hati dalam menghadapi senario di Kajang dan jangan terperangkap dengan permainan politik pembangkang, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Bagi saya, BN perlu menimbang untuk tidak meletakkan calon di Kajang.  Kerana PRK ini pada realitinya diadakan adalah untuk memenuhi nafsu politik Anwar.
“Jika terikut-ikut rentak pembangkang, kita khuatir ia  bukan sekadar membuang masa, sumber dan tenaga, tapi juga kita diheret dalam perang politiking yang tidak menguntungkan,” katanya dalam tulisan terbaru menerusi blognya,www.sskeruak.blogspot.com hari ini.
Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah turut menyarankan agar MCA yang disebut-sebut berkemungkinan mewakili BN supaya lebih menumpukankepada usaha memperkukuh parti itu terlebih dahulu.

Tiada ulasan: