Isnin, 17 Februari 2014

Calon PRK Balingan Mungkin Penunjuk KM Sarawak Ke-6

PETALING JAYA: Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingan mungkin akan menjadi penunjuk mengenai siapa pengganti kepada Ketua Menteri Sarawak yang baharu, Tan Sri Adenan Satem.
Dato Sri Mahmud Abu Bekir bersama ayahnya Pehin
Sri Abdul Taib Mahmud (Gambar Hiasan)
Suara akar umbi mula kedengaran bahawa Adenan yang akan menggantikan Abdul Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kelima mula berteka-teki mengenai pengganti kerusi DUN Balingan yang bakal dikosongkan.
Abdul Taib perlu mengosongkan kerusi tersebut setelah dilantik sebagai Yang Dipertua Sarawak yang baharu.
Pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) tidak menolak kemungkinan seorang pemimpin baharu akan muncul sebelum pilihan raya negeri akan datang.
Malah spekulasi lebih kuat diperkatakan mengenai siapa pula penyandang jawatan Ketua Menteri keenam selepa Adenan.
Tambah mereka keadaan kesihatan Adenan menjadi faktor mengapa beliau berkemungkinan tidak akan memegang jawatan tertinngi itu untuk tempoh yang lama.

Tiada ulasan: