Jumaat, 7 Februari 2014

DSAI MB S'gor : Pemuda PAS restu, tidak mohon campur tangan Sultan Selangor???

Baru-baru ini, Pemuda PAS dilaporkan akan memohon campur tangan Yang di Pertuan Agong (YDPA) mempertimbangkan untuk tidak melantik Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak yang baru.

Ini adalah berikutan kenyataan Ketua Pemuda PAS Suhaizan berkata, Abdul Taib perlu di’bersih’kan dulu daripada tuduhan skandal rasuah dan salah guna kuasa sebelum diangkat menjadi TYT.

Tindakan Pemuda PAS yang cuba campur tangan dalam urusan pentadbiran dan pengurusan Kerajaan Negeri Sarawak membuktikan bahawa mereka sebenarnya cuba menagih perhatian dan merayu sokongan daripada segelintir penduduk Sarawak yang juga menolak kepimpinan YAB Pehin Sri Taib agar menyokong Parti PAS.

Susulan daripada tindakan itu, PAS juga dilihat tidak ubah seperti mereka yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Semenjak dari dahulu lagi Parti PAS sememangnya tidak mendapat tempat di hati masyarakat di Sarawak, malah pada pilihan raya yang lalu PAS TIDAK PERNAH menang walau satu kerusi sekalipun di peringkat Parlimen mahupun DUN. Ini menunjukan Parti PAS adalah Parti yang ditolak sepenuhnya oleh masyarakat di Sarawak khususnya. Maka, sudah tentulah suara daripada Pemuda PAS seperti yang dilaporkan Free Malaysia Today adalah sebenarnya hanya mewakili suara Ahli PAS di Semenanjung Malaysia. 

Dalam kehangatan PRK DUN Kajang pada masa kini, dewan Pemuda PAS dilihat lebih serius memikirkan suasana Politik di Sarawak berbanding Negeri Selangor yang diterajui oleh Boss kepada Parti PAS, DAP dan PKR iaitu Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim. Dalam erti kata lain, Parti PAS juga sebenarnya amat menyokong DS Anwar Ibrahim untuk menerajui Negeri Selangor kerana rakyat melihat tidak ada komitmen seperti membawa usul bantahan kepada Sultan Selagor supaya DS Anwar untuk tidak di calonkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru kelak sekiranya beliau memenangi kerusi di DUN Kajang.

Dimanakah prinsip dan ketelusan Parti PAS dalam Parti Pakatan Rakyat itu sendiri? Tindakan sebegini juga menampakan kecetekan pemikiran Pemuda PAS dalam mengambil pendekatan dan tindakan. Ibarat kata pepatah, "Kuman seberang laut mereka nampak, Gajah depan mata tak nampak". 

Untuk berita lanjut : Sila klik disini


Tiada ulasan: