Jumaat, 14 Februari 2014

DUN Kajang dan Balingian : SPR Kaji adakan PRK serentak

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengkaji kemungkinan mengadakan pilihan raya kecil (PRK) serentak Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, dan Balingian, jika Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengosongkan kerusi itu sebelum 21 Jun ini. 
Jadi pihak yang mengkritik SPR dalam hal ini, mereka sepatutnya menasihati ADUN Kajang sebelum ini dan pemimpinnya usahlah mengosongkan kerusi tanpa sebarang alasan munasabah, mereka mencipta PRK tetapi kita (SPR) dipersalahkan," Tan Sri Abdul Aziz Yusof, Pengerusi SPR
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, berkata pihaknya bersedia mengadakan pilihan raya serentak jika Ketua Menteri Sarawak itu melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian dalam masa terdekat ini. 

Katanya, banyak manfaat yang dapat diperoleh jika PRK dua kawasan terbabit diadakan serentak termasuk boleh menjimatkan perbelanjaan kos mengurus PRK.

Tiada ulasan: