Jumaat, 14 Februari 2014

Eksklusif! Pelik tapi Benar Taib letak jawatan!

Terdapat beberapa perkara yang menarik penulis sepanjang pemerhatian politik di Sarawak terutama berhubung desas-desus keputusan pengundur YAB Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Dalam kehangatan isu peralihan kuasa pentadbiran tertinggi di negeri Sarawak terdapat berbagai-bagai isu, persepsi, ramalan dan andaian yang dibuat oleh seluruh rakyat Malaysia. Tidak dinafikan begitu banyak sekali spekulasi yang telah disebarkan bagi menyampaikan pelbagai mesej tertentu atau mungkinkah ia strategi dalam mencapai sesuatu agenda. 

Walau bagaimanapun, apa yang jelas dilihat legasi sepanjang pentadbiran Pehin Sri selama ini telah terbukti mampu mewujudkan kepercayaan dan perpaduan kaum untuk seluruh kepentingan pribumi dan rakyat negeri Sarawak.

Dan; apa yang paling istimewa disini, rakyat di Sarawak rata-rata lebih bijak untuk berfikir dan bertindak lebih matang di dalam menghadapi pelbagai isu. Rakyat Sarawak tidak mudah melatah atas provokasi yang ditekan oleh pihak luar atau pembangkang.

Kesetian
Kekuatan Negeri Sarawak sebenarnya terletak kepada jati diri setiap sorang masyarakat di Negeri ini yang mementingkan perpaduan kaum dan agama. Masyarakat di negeri ini dilihat amat setia dan menghormati pemimpin semata-mata untuk memastikan kesejahteraan dan kepentingan bersama sentiasa terus dijaga serta dikekalkan. Inilah toleransi dan keunikan masyarakat negeri Sarawak khususnya.

Susulan daripada itu, berikut disenaraikan Pelik tapi Benar disebalik pengunduran YAB Pehin Sri Taib Mahmud ;

1. PS Taib selama ini mendapat banyak tekanan dan gesaan agar beliau berundur, TETAPI setelah beliau menyatakan hasrat untuk berundur ada pula yang menyatakan bahawa ada muslihat disebalik pengunduran beliau. 

2. Rakyat di Sarawak merasakan kehilangan apabila PS Taib akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri, TETAPI mengapa bukan orang Sarawak pula yang "over comment"...

3. Rakyat Sarawak menerima dan menyokong sepenuhnya sesiapa sahaja Ketua Menteri yang bakal menggantikan PS Taib dengan memberi kepercayaan dan mandat kepada beliau untuk menamakannya, TETAPI orang luar pula yang melebih-lebih memberi pandangan siapa yang layak dan siapa yang tidak.

4. Semasa rakyat Sarawak tertunggu-tunggu PS Taib mengumumkan nama penggantinya seluruh rakyat Sarawak akur dengan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga kenyataan rasmi diumumkan, TETAPI terdapat media luar dari Sarawak melaporkan sudah tahu dan pasti siapa penggantinya.

5. Masyarakat dan rakyat Sarawak berhak menentukan siapa yang bakal menjadi Pemimpin negeri kami dan melalui PBB selepas perbincangan dibuat maka terdapat usul untuk menamakan PS Taib sebagai TYT, TETAPI bukan orang Sarawak pula yang tidak bersetuju dan mengusulkan supaya menidakan sekiranya beliau dilantik...

6. Rakyat Sarawak berhak menentukan hala tuju kemakmuran dan kesejahteraan negeri Sarawak, TETAPI bukan orang Sarawak pula "memandai-mandai" untuk menentukan arah tuju negeri Sarawak...

7. Parti-parti komponan BN di Sarawak amat kukuh dan setiap pemimpin parti bersatu hati serta rakyat sentiasa berusaha untuk mengekalkan kekuatan ini malah Parti PBB menjadi contoh yang terbaik kepada yang lain, TETAPI terdapat Parti yang "hidup segan mati tak mau" yang bukan dari negeri Sarawak sendiri dan bermasalah ada hati hendak memperbetul dan menasihat pengurusan pentadbiran dalam hal Astana Negeri dan Kerajaan Negeri. 

8. Terdapat khabar angin bahawa parti komponen BN UMNO akan melebarkan sayapnya ke Sarawak selepas PS Taib melepaskan jawatan, TETAPI parti Barisan Nasional dan Pembangkang di Sarawak mempunyai persamaan dalam hal ini iaitu menolak sepenuhnya kemasukan Parti dari Semenanjung berkenaan. Unik bukan?

9. PS Taib hanya berpesan agar pastikan "Politik rasis" UMNO tidak masuk ke Sarawak,  dan beliau telah dituduh menghina UMNO kerana kenyataannya itu, TETAPI mengapa tidak mengecamkan suara lebih ramai rakyat Sabah yang kecewa dengan kemasukan UMNO ke negeri itu.

Pelik bukan? Persoalanya siapa? kenapa dan mengapa? Siapa mereka yang datangnya dari luar untuk masuk campur dalam hal ehwal kita di Sarawak ini? 
Sekadar untuk renungan bersama.


Tiada ulasan: