Isnin, 17 Februari 2014

Elak buat kenyataan sentuh sensitiviti kaum, kata KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan huru-hara di negara ini.
Beliau menegaskan semua pengguna laman sosial, seperti Facebook dan penulis blog perlu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan, terutama yang mungkin menyentuh sensitiviti kaum.
"Kita akan ambil tindakan di bawah Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas, 2012) jika perlu. Kita ada kebebasan bersuara tetapi ada batasannya," katanya.

Tiada ulasan: