Rabu, 12 Februari 2014

Isteri kedua Ashraf Muslim, muat naik foto mesra bersama madu


Setelah dihentam teruk oleh orang ramai mengenai tindakkannya yang memuat naik foto hamil seolah-olah tidak sensitif terhadap hati dan perasaan madunya, isteri kedua pelakon Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah semalam Murai Batu lihat telah memuat naik pula foto mesranya bersama madu, Dayana.

Bukan sahaja gambar berdua bersama Dayana, Sakinah turut memuat naik foto mereka berdua bersama suami mereka.  Gembira dan bahagia sahaja melihat mereka bertiga.
Malah foto itu menggambarkan bahawa mereka bertiga tiada masalah di antara satu sama lain walaupun ramai yang menuduh Sakinah cuba untuk memporak perandakan hubungan dengan isteri pertama.
Seronok tengok rumahtangga mereka dan rasa ianya seperti boleh dicontohi terutama sikap isteri pertamanya yang sangat tenang dan tabah terima seadanya kehendak suaminya.
Foto yang dimuat naik dalam laman sosial Instagram itu memberitahu mereka menghantar Ashraf yang berangkat ke Mekah bagi menunaikan Umrah.
Malah dalam laman sosial Facebook akuan Ashraf Muslim juga turut memuat naik gambar mereka bertiga sebelum berangkat ke tanah suci dan meminta orang ramai mendoakan kebahagiaan rumahtangganya itu.

Tiada ulasan: