Rabu, 19 Februari 2014

Khairy dedah kenapa Waythamorrthy letak jawatan

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membidas Pengerusi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF), P Waythamoorthy yang mendakwa Perdana Menteri gagal menunaikan janjinya kepada masyarakat India.

Beliau berkata tidak adil Waythamoorthy menyalahkan Datuk Seri Najib Razak atas kegagalan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu melaksanakan perubahan untuk kaumnya.

Katanya, Waythamoorthy mendesak supaya semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah budi bicaranya kerana mahu mengawal wang dengan mengetepikan agensi dan kementerian.

“Bila beliau tidak mendapat ini, beliau berhenti (letak jawatan) dan menyalahkan Perdana Menteri,” kata Khairy yang dipetik menerusi akaun Twitter beliau semalam.


Tiada ulasan: