Khamis, 20 Februari 2014

Khairy Jamaluddin semakin menyerlah

Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjadi menteri
paling pantas ke depan mempertahankan kerajaan setiap kali menerima kritikan pembangkang. Gambar fail.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar adalah orang yang berjaya memusnahkan hujah P Waytha Moothy yang meletakkan jawatannya sebagai timbalan menteri apabila berkata pemimpin Hindraf itu bukan pemain dalam pasukan dan mendesak bajet untuk masyarakat India diletakkan di bawahnya.
Menteri lain juga nampaknya mengikuti pendedahan Khairy yang dibuat melalui akaun Twiter, dilihat sebagai usaha bersama selepas sembilan hari Waytha meletakkan jawatan.
Tetapi ia bukan kejadian luar biasa untuk Khairy membela Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan dengan lebih cepat berbanding menteri lain dan menteri Belia dan Sukan untuk penggal pertama itu dijangka memainkan peranan lebih besar pada masa depan.
Alasannya: Dalam kabinet yang sangat besar tetapi tidak cekap ini, dia bersinar. Seolah-olah orang bermata satu di kalangan yang buta.
Tidak ada menteri lain yang bersungguh seperti Khairy dalam membela Najib dan kerajaan sejak beberapa bulan lalu. Dia aktif di seluruh negara, menggunakan Twitter dan membina rangkaian di seluruh negara untuk Putrajaya.
Tambahan lagi, keyakinan semakin berkembang di dalam kem Najib, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dan rakan-rakannya menyerang perdana menteri dan keluarganya, orang seperti Khairy yang akan melawan balik dan menjadi barisan hadapan pertahanan.

Tiada ulasan: