Selasa, 11 Februari 2014

KM Sarawak : Alfred Jabu bukan suatu kejutan?

KUCHING : Ketika semua perhatian tertumpu kepada tiga, malah empat sekarang, nama pemimpin Islam Sarawak yang diwar-warkan bakal menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak, tidak ramai tahu bahawa timbalan ketua menteri negeri itu, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, mungkin membuat kejutan.
Tan Sri Alfred Jabu
Timbalan Ketua Menteri Sarawak
Selain satu-satunya timbalan ketua menteri, Jabu, seorang Iban dan beragama Kristian, juga merupakan timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang begitu lama berkhidmat di bawah Taib yang akan bersara dalam beberapa hari.
Sehingga semalam Jabu adalah satu-satunya pemimpin yang sentiasa mempunyai senyuman paling lebar dan manis di sisi Taib dalam beberapa hari kebelakangan ini. Kenapakah beliau begitu girang?
Taib pula sudah menyatakan semalam “tiada kejutan”. Apakah maknanya kenyataan “tiada kejutan” itu? Apakah ia bermakna timbalan ketua menterinya, Jabu, akan secara semulajadinya mengambil-alih jawatan ketua menteri sehingga pilihanraya umum negeri yang bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang sehingga 2016 ini?
Semua pemerhati politik Sarawak dan Semenanjung malahan para pemerhati dari menara gading seolah-olah telah mengenepikan sama sekali peluang seorang pemimpin Iban, golongan majoriti di Sarawak, sebagai ketua menteri!

Tiada ulasan: