Rabu, 12 Februari 2014

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Anwar

Putrajaya: Mahkamah Persekutuan di sini semalam sekali lagi menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkannya. 


Panel lima hakim dipengerusikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara memutuskan tiada kes prima facie terhadap Shafee, manakala kandungan akuan berkanun bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim, yang digunakan Anwar bagi menyokong permohonannya, tidak boleh diterima sebagai bukti kukuh. 

Kami dapati kenyataan akuan berkanun Mat Zain dibuat di luar mahkamah, jadi tidak boleh diterima. Tanpa akuan berkanun, lain-lain dakwaan yang dibuat Anwar boleh dipertikaikan, katanya.

Turut bersidang ialah Hakim Tan Sri Richard Malanjun; Tan Sri Suriyadi Halim; Datin Zaleha Zahari dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha. Anwar diwakili peguam, Tommy Thomas, manakala Shafee bertindak bagi pihak pendakwaan.

Tiada ulasan: