Sabtu, 8 Februari 2014

Mesyuarat MKT PBB hari ini penuh debaran

Kuching: Di sebalik spekulasi bahawa Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan bersara bukan lagi berita mengejutkan, rakyat Sarawak tetap menunggu dengan penuh debar hasil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), hari ini.
Sesetengah pihak menjangka Abdul Taib akan mengumumkan persaraannya sebagai presiden parti dan ketua menteri pada mesyuarat itu, tetapi ada pula berpendapat ia kemungkinan mesyuarat biasa memandangkan mesyuarat seperti itu tidak pernah diadakan sejak pilihan raya umum, Mei tahun lalu.

Tiada ulasan: