Sabtu, 8 Februari 2014

Najib hormati keputusan Taib

TAIPING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, merakamkan setinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, atas jasa dan sumbangannya memimpin Sarawak dan Barisan Nasional (BN) negeri.
Perdana Menteri berkata, pengunduran Abdul Taib sememangnya dalam pengetahuannya.
"Saya menghormati keputusan dibuat oleh Pehin Seri Taib dan dia telah memaklumkan terlebih dulu perkara ini kepada saya.
"Dalam pengetahuan saya apa yang dia umumkan hari ini. "Bagi pihak BN, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pehin Seri kerana telah memimpin Sarawak dan membangunkan Sarawak sampai ke tahap yang kita boleh banggakan dengan meletakkan BN dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai parti yang unggul di Sarawak.
"Apapun, saya harap siapa pun bakal penggantinya, pemimpin-pemimpin lain dapat bersatu dan pastikan kelangsungan PBB masih utuh lagi secara berterusan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis pecah tanah Wisma UMNO Bukit Gantang di sini hari ini. - BH

Tiada ulasan: