Sabtu, 8 Februari 2014

Pemuda PAS tukar angin dan tidak berpendirian

Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS Pusat kini terperangkap dalam permainan sendiri. Semalam beliau dengan lantang menyuarakan Pemuda PAS akan meminta YDP Agong untuk campur tangan dalam urusan perlantikan Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak yang baru kelak.
Namun beliau terlupa, sebelum ini beliau juga lantang menyuarakan akan tidak sama sekali menyokong DS Anwar Ibrahim untuk dicalonkan sebagai MB Selangor.

Kali ini, untuk membetulkan keadaan di mata Rakyat Malaysia, beliau telah membuat pusingan "U" dengan menukar pendirian bahawa akan akur kepada keputusan yang akan dibuat oleh majlis Pakatan Rakyat walaupun DS Anwar yang akan dilantik sebagai MB Selangor.


Tiada ulasan: