Isnin, 17 Februari 2014

Pemuda PBB cadang tubuh Institut Pemikiran Pehin Sri Abdul Taib Mahmud

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bu­miputera (PBB) mencadan­gkan penubuhan Institut Pemikiran Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai meng­hargai jasa dan sumbangan pemimpin yang disegani ini kepada kemakmuran dan kemajuan negeri Sarawak. 

Datuk Fadillah Yusof

Ketua Pergerakan Pemuda PBB Datuk Fadillah Yusof berkata cadangan tersebut telah dipersetujui dalam mesyuarat exco negeri se­malam dan akan diusulkan kepada Majlis Kerja Ter­tinggi (MKT) PBB bagi mendapatkan persetujuan serta sokongan.

“Pada mesyuarat petang tadi, kami sependapat dan ingin mengusulkan kepada MKT PBB tentang cadangan untuk menubuhkan Institut Pemikiran Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai meng­hargai jasa dan sumbangan beliau kepada Sarawak.

“Penubuhan institut ini amat penting kerana Pehin Sri Taib mendokumen­tasikan pemikiran beliau untuk dijadikan sebagai ba­han rujukan berguna kepada kita semua.

“Lebih utama, institut ini akan membolehkan kita men­gadakan program kepimpi­nan bagaimana beliau (Taib) dapat mentransformasikan Sarawak kepada sebuah negeri yang dahulunya pada kedudukan ekonomi yang jauh ke belakang tetapi kini muncul sebagai antara negeri terkaya di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di se­buah hotel terkemuka di sini semalam selepas mem­pengerusikan Mesyuarat Exco Negeri Pergerakan Pemuda PBB.


Read more: http://www.theborneopost.com/2014/02/17/pbb-cadang-tubuh-institut-pemikiran-pehin-sri-abdul-taib-mahmud/#ixzz2tXMhBbjV

Tiada ulasan: