Selasa, 18 Februari 2014

Pengadil putar belit tidak mengaku keluar kata kesat kepada pemain Sarawak

Pengadil perlawanan, Sukri Abdul Rahman hanya menyebut ‘you selalu kacau’, tetapi pemain tengah Sarawak, Joseph Kalang Tie mungkin tersalah dengar seolah-olah perkataan itu berbaur lucah.

Itulah makluman awal yang diterima Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Astaman Abdul Aziz berhubung dakwaan Kalang bahawa Sukri mengeluarkan kata-kata lucah terhadapnya ketika mahu bersalaman selepas tamat perlawanan Liga Super antara Sarawak dan Perak di Stadium Negeri, Kuching, Sabtu lalu. 


Apa pun, katanya sekiranya dakwaan itu benar, pihaknya tetap akan mengambil tindakan terhadap pengadil terbabit. 


“Saya difahamkan Sukri menyebut ‘you selalu kacau’ namun pemain berkenaan mungkin salah dengar.

Tiada ulasan: