Jumaat, 21 Februari 2014

PKR Sarawak tidak hormat keputusan Rakyat! Hantar memorandum ke Majlis Raja-Raja

Ahmad Nazib Johari & Zulrusdi Mohamad Hol

Seperti laporan media Klik di sini PKR Sarawak telah menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja (MRR) memohon supaya Yang di-Pertuan Agong (YDPA) menangguhkan perlantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai YDP Sarawak yang baharu. 

Sarawak Channel ingin mengulas beberapa perkara seperti yang dilaporkan. PKR Sarawak sebenarnya sudah ketandusan isu untuk menjayakan agenda politik mereka di Sarawak. Memorandum bantahan yang dikemukan oleh PKR Sarawak adalah merupakan agenda politik PKR semata-mata dan bukannya mewakili suara majoriti Rakyat Sarawak. Ini dapat dilihat melalui beberapa faktor di mana beliau masih relevan di hati rakyat Sarawak dan bertahan memegang jawatan sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun. 

Secara umumnya, perlantikan Tuan Yang Di-Pertua Negeri Sarawak yang baru belum diputuskan lagi. Ianya adalah merupakan desas-desus berkemungkinan akan dilantik dan selain itu terdapat juga cadangan daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Parti PBB Sarawak agar beliau dilantik sebagai YDP Sarawak yang baharu. Namun, ianya bukanlah suatu ancaman atau keputusan yang pasti lagi. 

PKR Sarawak dilihat tidak senang duduk apabila mendengar perkhabaran seperti ini, sedangkan hakikatnya apabila YAB Pehin Sri telah meletak jawatan dan sekiranya beliau dilantik sebagai YDP Sarawak yang baharu, kuasa eksekutif dan pergerakan YAB Pehin Sri pastinya terbatas dan terhad. Beliau tentulah sama-sekali tidak akan mencampuri urusan politik negeri dan akan bertindak neutral kepada semua pihak. 

Tindakan PKR Sarawak yang diwakili oleh Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Zulrusdi Mohamad Hol dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak Ahmad Nazib Johari yang menyerahkan memorandum itu kepada Penolong Setiausaha MRR Datuk Sabtu Awab di Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam amat jelas sekali hanya mengambil kesempatan untuk mendapatkan perhatian umum dan sokongan daripada Rakyat Sarawak yang mungkin pada hemat mereka akan turut menyokong tindakan ini. Tetapi, sebaliknya berlaku apabila ramai rakyat Sarawak yang kecewa dan marah dengan tindakan mereka ini. Lebih-lebih lagi mereka menyatakan bahawa mereka mewakili suara masyarakat Melayu - Melanau di negeri Sarawak.

Laporan akbar seperti di bawah ;

_________________________________

PKR Sarawak mohon Agong tangguh perlantikan Taib Mahmud

Memorandum itu dikemukakan supaya mendapat perhatian dan dibawa dalam perbincangan Mesyuarat MRR
KUALA LUMPUR: PKR Sarawak hari ini mengemukakan memorandum kepada Majlis Raja-Raja (MRR) memohon supaya Yang di-Pertuan Agong (YDPA) menangguhkan perlantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai YDP Sarawak yang baharu.
Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Zulrusdi Mohamad Hol dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak Ahmad Nazib Johari menyerahkan memorandum itu kepada Penolong Setiausaha MRR Datuk Sabtu Awab di Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di sini hari ini.
Ahmad Nazib berkata, memorandum itu dikemukakan supaya mendapat perhatian dan dibawa dalam perbincangan Mesyuarat MRR yang akan berlangsung pada 24 hingga 26 Februari ini.
Beliau berkata, pihaknya memohon supaya YDPA mempertimbangkan permohonan mereka memandangkan nama Abdul Taib masih belum dibersihkan dalam kes siasatan rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
PKR Sarawak dalam memorandum sama turut mengemukakan calon alternatif yang dikira layak diangkat sebagai Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak, antaranya bekas Menteri Pertahanan Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapa dan bekas YDP Dewan Negara Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohidin.

Tiada ulasan: