Jumaat, 14 Februari 2014

Program MEMBARA di Dewan LAKIS, Sibu

Sibu : Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Bahagian Sibu telah menganjurkan program MEMBARA (Membantu Rakyat) - Kembali ke sekolah yang telah berlangsung di Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS) pada hari ini tadi. 
Kelihatan dari kiri Awang Julaihi, Hj Hamden Led, Kr. Ibrahim Laili, Tuan Haji Hamden Merais dan Kr. Zaiton Abdul Kader bersama sebahagian pelajar yang menerima bantuan pada program MEMBARA berkenaan.
Tuan Haji Hamden bin Merais selaku Timbalan Pengerusi LAKIS telah hadir menyempurnakan majlis diikuti penyelaras program berkenaan iaitu Encik Awang Julaihi Hj Awang Borhan merangkap Pegawai JASA Bahagian Sibu/ Mukah. Turut kelihatan hadir pada majlis berkenaan ialah Encik Haji Hamden Led - Ahli Lembaga LAKIS, Kr. Zaiton Abdul Kader dan Kr. Ibrahim Laili.

Dalam Program MEMBARA tersebut, seramai 120 pelajar telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan sekolah seperti beg, alat tulis, buku dan pensil warna.

Laporan : Sibu, Sarawak   

1 ulasan:

alisyahaseena berkata...

cutenya miak2 tok...