Selasa, 25 Februari 2014

RM4.11 bilion laksana 471 projek luar bandar

PUTRAJAYA: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tahun ini meluluskan peruntukan berjumlah RM4.11 bilion untuk melaksanakan 471 projek.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata daripada jumlah projek itu, sebanyak 437 adalah projek sambungan dengan nilai RM4.01 bilion manakala bakinya projek baharu.

"Projek infrastruktur menguasai 56.7 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan dengan jumlah projek 127," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat penyelarasan dengan Exco-Exco Luar Bandar di sini hari ini.
- BERNAMA

Tiada ulasan: