Isnin, 24 Februari 2014

Sarawak mundur dan miskin, kata Pemuda PAS pusat di Beting Maro


"Pemimpin Sarawak sepatutnya mencontohi kemajuan negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS. 

"Sarawak tidak akan menjadi negeri termiskin seperti sekarang, jika PAS yang memerintah. Justeru rakyat di Pusa perlu berubah dengan memberi sokongan kepada PAS, kata AJK Pemuda PAS pusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus. 

Abang Ahmad Kerdee berkata demikian dihadapan hampir 100 orang penduduk dalam satu majlis 'Santai', yang turut dihadiri pemimpin tertinggi PAS di daerah Pusa petang tadi. 

"Saya terkejut melihat kemajuan ekonomi negeri Kelantan, jauh lebih maju dari Sarawak, sepatutnya Sarawak lebih maju dan kaya, tapi sebaliknya yang berlaku. Semua ini akibat kerajaan BN yang tidak jujur" ujarnya 

Presiden PAS, Hj Hadi Awang yang berucap dalam majlis yang sama mengakui rasa terkilan beliau melihat keadaan negeri Sarawak yang jauh ketinggalan.

Menurut Hadi, sudah 60 tahun Sarawak merdeka, tapi tidak ada kemajuan dan perubahan.

"Saya sedih melihat keadaan ini" kata Hj Hadi.

Beliau turut menyeru agar rakyat Sarawak berubah, dan beri sokongan kepada calon PAS dalam PRN 11 nanti.

Sehubungan itu, Haji Hadi mengumumkan Abang Ahmad Kerdee Abang Masaagus sebagai calon PAS untuk DUN N.24 Beting Maro pada Pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang.

Tiada ulasan: