Ahad, 9 Februari 2014

"Saya perlu uruskan setiap perkara mengikut susunannya," - Taib Mahmud

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata hari ini beliau perlu bergerak "beberapa langkah lagi" sebelum bersara dari jawatannya. 
Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tiba di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
bagi mempengerusikan mesyuarat khas Barisan Nasional (BN) Sarawak

Beliau berkata antara perkara yang perlu beliau lakukan ialah memohon perkenan menghadap Ketua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Barieng untuk memberitahu Tuan Yang Terutama mengenai hasratnya untuk bersara dari jawatan Ketua Menteri Negeri.

"Saya perlu uruskan setiap perkara mengikut susunannya," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional Sarawak di ibu pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini.

Taib ialah Presiden PBB dan pengerusi Barisan Nasional Negeri.

Ditanya sama ada beliau akan berundur menjelang hujung bulan ini, Taib menjawab: "Ya...saya fikir begitulah...supaya saya dapat gaji penuh untuk Februari". - BERNAMA

Tiada ulasan: