Selasa, 18 Februari 2014

Serian dicadang jadi bahagian

Daerah Serian sehingga Siburan dicadangkan untuk menjadi sebuah bahagian baharu di negeri ini.

Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, daerah itu sudah memenuhi kelayakan dari segi populasi penduduk yang lebih besar daripada Saratok, Betong dan Mukah.

“Cadangan itu adalah impian saya malah penduduk Serian dan Siburan, kami mahu merayu kepada kerajaan untuk menjadikan daerah Serian sehingga Batu 17 (Siburan) sebuah bahagian baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli Majlis Daerah Serian di Dewan Masyarakat Serian dekat sini semalam.

“Semua orang akan gembira sekiranya rayuan kami ini dapat direalisasikan oleh kerajaan dan berharap impian itu dapat direalisasikan secepat mungkin,” katanya.

Manyin menambah, daerah Serian dan Siburan terletak di antara dua bahagian iaitu Kuching dan Samarahan.

Terdahulu dalam majlis itu beliau ketika berucap berkata, populasi penduduk dari kawasan Serian sehingga Siburan adalah berjumlah lebih 180,000 orang.

“Dari segi populasi kita sudah memenuhi kriteria, kalau ahli-ahli majlis bersama-sama meneruskan sokong pasti pucuk pimpinan akan mendengarnya,” jelasnya.

Selain itu, Manyin turut meminta agar setiap ahli majlis yang dilantik menjalankan tugas sebaik mungkin bagi memastikan pembangunan infrastruktur di kawasan pentadbiran dapat dilaksanakan dengan lancar.

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/02/18/serian-dan-siburan-dicadang-jadi-bahagian/#ixzz2tdImuAff

Tiada ulasan: