Khamis, 13 Februari 2014

Siapakah bakal mengisi kekosongan kerusi di DUN Balingian ?

Teka-teki yang dinanti-nantikan oleh seluruh dunia terutama masyarakat Malaysia bahawa siapakah yang bakal menggantikan YAB Pehin Sri apabila meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak sudah terjawab semalam apabila beliau mengumumkan nama penggantinya setelah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Yang Di-Pertua Negeri Sarawak di Astana Negeri pada jam 3:30 petang. 

Pada sidang akbar khas semalam juga Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyatakan bahawa Ketua Menteri Sarawak yang baharu, Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Haji Satem akan menentukan keputusan siapa calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian selepas dikosongkan oleh penyandangnya.
Antara muka-muka yang disebut oleh penduduk tempatan
yang berpotensi untuk mengisi kekosongan ADUN Balingian kelak.
“Hanya Adenan yang boleh membuat keputusan sama ada perlu diadakan pilihan raya kecil DUN Balingian. Begitu juga siapa calon yang akan bertanding atas tiket BN.
“Terpulang juga kepada Ketua Menteri baharu untuk menentukan siapa barisan kabinet yang diperlukannya andai rombakan diadakan,” kata Taib.

Tiada ulasan: