Selasa, 18 Februari 2014

SWP sah akan sertai Pakatan Rakyat: Larry

Parti Pekerja Sarawak (SWP) mengesah- kan parti itu akan memohon menyertai Pakatan Rakyat (PR) Negeri tidak lama lagi.

Presidennya Larry Sng berkata, parti itu tetap dengan pendirian untuk bekerjasama dengan PR.

“Kami (SWP) konsisten dengan pendekatan untuk bekerjasama dengan PR dan kami akan memohon untuk menyertai mereka menerusi Majlis Pakatan Rakyat Negeri,” katanya menerusi kenyataan akhbar.

Sekiranya Pilihan Raya Kecil diadakan di Balingian beliau berkata, SWP tidak akan bertanding di kerusi tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata, perkara tersebut akan diperincikan pada mesyuarat Majlis Tertinggi SWP akan datang.

Pengerusi DAP Negeri Chong Chieng Jen sebelum ini berkata, SWP masih belum menyertai PR Negeri memandangkan belum ada sebarang permohonan rasmi diterima setakat ini.

Read more: http://www.theborneopost.com/2014/02/18/swp-sah-akan-sertai-pakatan-rakyat-larry/#ixzz2tdJou2sO

Tiada ulasan: