Isnin, 10 Februari 2014

Taib dijangka umum pengganti hari ini

Siapa bakal pengganti jawatan Ketua Menteri Sarawak dijangka akan diumumkan sendiri oleh Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada hari ini.
PEHIN SRI  BERSAMA DATUK AMAR HAJI AWANG TENGAH
MENTERI PERANCANGAN DAN PENGURUSAN SUMBER KEDUA DAN MENTERI KEMUDAHAN AWAM SARAWAK (Gambar Hiasan)

Ketua Menteri merangkap Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Haji Abdul Taib Mahmud memberitahu, beliau akan membuat suatu pengumuman penting berkaitan dengan siapa penggantinya dalam tempoh dua hari iaitu jatuh pada hari ini Isnin, 10.2.2014.

Sidang akhbar yang dibuat oleh Pengerusi Tetap PBB, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar memberitahu, PBB memberi sepenuh mandat kepada Taib untuk menentukan siapa calon yang layak menggantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas ini.

“MT dan kokus parti sebulat surat memberi mandat kepada Taib untuk memilih sendiri bakal pengantinya tanpa memberi sebarang tekanan atau tempoh masa tertentu untuk mengumumkan calon Ketua Menteri Sarawak yang baharu.

“Apa yang pasti, sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh Taib akan disokong penuh oleh PBB. Tidak kira calon yang dipilih dari Sayap Pesaka atau Bumiputera,” katanya.




Tiada ulasan: