Rabu, 12 Februari 2014

Taib jumpa TYT petang ini

 Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan menghadap Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada pukul 3 petang Rabu.

Menerusi pengumuman mengejut pada tengah hari Rabu, Jabatan Penerangan Negeri mengeluarkan jemputan media bagi membuat liputan majlis berkenaan di Astana Negeri.

Sebelum ini Abdul Taib mengumumkan bahawa beliau akan menghadap TYT pada Sabtu ini.

Bagaimanapun dengan pengumuman mengejut ini, dijangkakan bahawa Abdul Taib akan menghantar surat perletakan jawatannya lebih awal.

Bernama


Tiada ulasan: