Sabtu, 8 Februari 2014

Taib Mahmud hadir mesyuarat tertinggi PBB

PETRA JAYA: Selepas dikaitkan dengan desas-desus pengundurannya sebagai Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pagi ini tiba di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Beliau yang juga Presiden PBB disambut timbalannya, Tan Sri Alfred Jabu Numpang, yang memeluk erat Abdul Taib di hadapan lebih 50 penyokong parti itu.
Kehadiran penyokong sejak awal pagi di Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi yang dijadual bermula jam 10.30 pagi, dipercayai bagi memujuk Abdul Taib agar tidak meneruskan hasrat berundur.
Turut kelihatan pemimpin kanan PBB yang lain termasuk Timbalan Presiden II, Datuk Amar Abang Johari Openg; Naib Presiden, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Ketua Penerangan, Tan Sri Adenan Satem.

Sumber : Berita Harian 8.2.2014

Tiada ulasan: