Ahad, 9 Februari 2014

Taib Mahmud lepas semua jawatan selewat-lewatnya hujung bulan


PETRA JAYA: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bakal melepaskan semua jawatannya selewat-lewatnya hujung bulan ini bagi membolehkan beliau mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Ia sekali gus bakal menyaksikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingan sekiranya memenuhi syarat ditetapkan perundangan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 


Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, tiga parti komponen BN bersetuju menyerahkan hak memilih bakal Ketua Menteri baharu kepada Abdul Taib. BH

Tiada ulasan: