Isnin, 10 Februari 2014

Taib, PBB banyak berjasa kepada Sarawak - Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad
PUTRAJAYA: Khidmat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib, amat baik sehingga membolehkan negeri itu kekal memiliki pemerintah yang disokong kuat oleh rakyat apabila parti pimpinannya berjaya memenangi banyak pilihan raya sebelum ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Namun menurut bekas Perdana Menteri, apabila usia semakin lanjut, seseorang pemimpin itu juga perlu sanggup berundur untuk memberi peluang kepada orang lain. 

Beliau berkata, di bawah teraju Taib, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tunjang Barisan Nasional (BN) Sarawak memiliki perpaduan yang cukup mantap, kemas, kuat dan banyak menyumbang jasa kepada Sarawak menerusi projek pembangunan yang dibawanya. 

Tiada ulasan: