Ahad, 9 Februari 2014

Taib umum pengganti Isnin

KUCHING: Siapa bakal pengganti jawatan Ketua Menteri Sarawak dijangka akan diumumkan sendiri oleh Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada Isnin ini.
Ketua Menteri merangkap Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Haji Abdul Taib Mahmud memberitahu, beliau akan membuat suatu pengumuman penting berkaitan dengan siapa penggantinya dalam tempoh dua hari lagi.
“Saya akan membuat pengumuman mengenai keseluruhan perkara berkaitan dalam tempoh dua hari,” katanya selepas bergegas pulang dari mempengerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PBB.
Sidang akhbar yang dibuat oleh Pengerusi Tetap PBB, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar memberitahu, PBB memberi sepenuh mandat kepada Taib untuk menentukan siapa calon yang layak menggantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas ini.
“MT dan kokus parti sebulat surat memberi mandat kepada Taib untuk memilih sendiri bakal pengantinya tanpa memberi sebarang tekanan atau tempoh masa tertentu untuk mengumumkan calon Ketua Menteri Sarawak yang baharu.
“Apa yang pasti, sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh Taib akan disokong penuh oleh PBB. Tidak kira calon yang dipilih dari Sayap Pesaka atau Bumiputera,” katanya.
Asfia menambah, beliau percaya bakal Ketua Menteri Sarawak yang baharu mampu meneruskan kecemerlangan parti dan ekonomi negeri ini seperti Pehin Taib.
“Selepas pengunduran Taib, penganti beliau juga akan mengetuai BN pada Pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang,” katanya.

Tiada ulasan: