Jumaat, 14 Februari 2014

UMNO hanya berperanan di Semenanjung dan Sabah, tiada keperluan di Sarawak.- Tan Sri Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengesahkan Umno tidak akan memasuki Sarawak.
Beliau berkata, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti komponen Barisan Nasional (BN) di negeri tersebut sudah mencapai segala harapan Umno dan tidak perlu ke negeri berkenaan.
"Tiada sebab untuk kita mengulangi apa yang sudah dicapai," katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan wakil pertubuhan perniagaan di Kuching.
Tiada keperluan. Seperti Umno di Semenanjung, PBB menjadi parti komponen utama di mana kesemua parti komponen bersama.
"Dan peranan dimainkan PBB sama seperti Umno di Semenanjung dan Sabah," katanya.
Justeru, timbalan presiden Umno itu berkata PBB juga tidak akan diganggu.
"Ia menjurus kepada situasi politik yang stabil yang kemudiannya membawa kepada keadaan kondusif untuk pembangunan negeri.
Muhyiddin berkata, perkara pokok bukanlah parti, tetapi objektif yang dicapai.
Sarawak jelasnya mempunyai segalanya, bersatu, keamanan, kemajuan dan kestabilan.

Tiada ulasan: