Isnin, 17 Februari 2014

Zaid umum tanding calon Bebas di Kajang

KAJANG 16 Feb. — Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim hari ini mengumumkan secara rasmi akan bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bulan depan.

Keputusan itu katanya, demi memastikan usaha menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan mengangkat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai kerajaan negeri tidak berjaya.

"Mandat dan kepercayaan rakyat terhadap Khalid jelas tidak boleh dikikis semata-mata kerana menjaga kepentingan Anwar dan jika Khalid perlu disingkir biarlah ia dilakukan melalui proses demokrasi seperti undi tidak percaya di dalam sidang DUN.

"Jadi atas pertimbangan membela prinsip politik yang sihat saya membuat keputusan untuk bertanding, dan lebih utama adalah untuk memastikan rancangan Anwar mahu menjadi menteri besar tidak berjaya," katanya dalam sidang media di sini.



Tiada ulasan: