Khamis, 20 Mac 2014

4 ADUN SPDP yang dipecat diterima masuk semula SPDP

KETUA Menteri, Tan Sri Adenan Satem (empat dari kanan) dan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Tan Sri William Mawan Ikom (dua dari kiri) bersama ADUN SPDP yang diterima masuk kembali Barisan Nasional mengangkat tangan selepas majlis ringkas di Wisma Bapa Malaysia, Kuching. Empat ADUN itu ialah Datuk Sylvester Entri Muran, Datuk Peter Nansien Ngusie, Rosey Yunus dan Paulus Palu Gumbang.
PETRA JAYA: Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang dipecat diterima masuk semula secara rasmi di Wisma Bapa, di sini, semalam.

Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, yang menyaksikan proses penyerahan borang kemasukan semula ADUN berkenaan dalam parti terbabit disifatkan bertepatan dengan pengukuhan BN Sarawak.

ADUN yang terbabit adalah bekas Naib Presiden Kanan SPDP, Datuk Peter Nansian Ngusie (Tasik Biru); Datuk Sylvester Entri Muran (Marudi) dan Rosey Yunus (Bekenu), kedua-duanya bekas Naib Presiden serta bekas Ketua Penerangan, Paulus Palu Gumbang (Batu Danau) yang dipecat pada 25 November 2011.

Tiada ulasan: