Rabu, 26 Mac 2014

Akhbar Cina punca rakyat marah


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyalahkan media cetak bahasa Cina yang didakwa cuba bermain sentimen hingga membangkitkan kemarahan kepada saudara-mara mangsa bangsa tersebut berhubung isu tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370.
Beliau berkata akhbar berbahasa Cina di negara ini dilihat terlalu memanipulasikan insiden MH370 sehingga menyebabkan ahli keluarga mangsa terutama di Beijing menjadi berang dengan kerajaan Malaysia.
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini, begitu juga dengan pemangku Menteri Pengangkutan," katanya semasa sesi pengulungan di Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bahawa kenyataan menteri itu merujuk kepada akhbar bahasa Cina tempatan atau antarabangsa. – Mac 26, 2014. TMI

Tiada ulasan: