Ahad, 30 Mac 2014

Anak gadis ketua pramugara masih berharap

PUTRAJAYA - Maira Elizabeth, anak perempuan ketua pramugara Andrew Nari yang berada dalam pesawat MH370, masih menaruh harapan walaupun langsung tiada perkhabaran mengenai pesawat MH370 itu berada.
  
Gadis berusia 18 tahun itu, apabila menjawab mesej daripada peminat dalam laman twitternya @MairaElizxbeth_  berkata: “saya sihat, kami tidak apa-apa.”, “Saya okay” , “Saya baik, terima kasih”.
  
“Saya okay. Saya percaya mereka dalam keadaan baik. Jadi, saya okay,” kata Maira dalam laman twitternya hari ini, masuk hari ke-23 operasi pencarian bagi menjejaki pesawat Boeing 777-200 itu yang hilang pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
  
Maira sentiasa mengemaskini laman twitter mengenai bapanya sejak pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbangsa Antarabangsa KL menuju Beijing pada 8 Mac.
  
Beliau mewujudkan akaun twitter baharu semalam selepas akaun lamanya, @Gorgxous_ digantung. Beliau mempunyai lebih 2,000 peminat sekarang.

Daripada laman twitternya, Maira menunjukkan sikap lebih positif terhadap tragedi itu. “I orang biasa je la. Makin kita membesar, makin kita mempelajari erti kehidupan”
  
“Saya mempunyai kelapangan sekarang. Sebab itu saya boleh menjawab mesej daripada setiap peminat,” kata Maira dalam laman twitternya. 
  
Maira yang baharu menduduki peperiksaan SPM bercadang untuk mengikuti kursus bahasa Inggeris sebelum mengejar cita-citanya untuk menjadi pensyarah dan pramugari.
  
Bagaimanapun, Maira berkata beliau belum mengambil slip keputusan SPM kerana saya menaruh harapan bapa saya akan pulang ketika itu”.
  
Maira juga mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas sokongan dan galakan mereka sambil meminta mereka mendoakan bagi 239 penumpang dan anak kapal dalam Penerbangan MH370.
  
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam.
  
Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Naijb Tun Razak mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "telah berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: