Rabu, 19 Mac 2014

Angin kencang, laut bergelora kategori kedua Sabtu ini

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua kini melanda di perairan Sabah (Pantai Barat, Kudat dan Sandakan), Wilayah Persekutuan Labuan dan Miri di Sarawak dijangka bermula pada Sabtu ini 22 Mac hingga Khamis depan 27 Mac.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata keadaan angin dengan kelajuan 50 hingga 60 km sejam dan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter itu, berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Keadaan yang sama turut berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Sulu. - BERNAMA


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: