Rabu, 5 Mac 2014

'Flashmob' bantah TYT, protes yang ditolak rakyat Sarawak

KUCHING: Protes membantah pelantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak tidak mendapat sambutan.

Menurut sumber, protes yang diadakan  berlangsung di Kompleks Mahkamah Lama Kuching.

Walaupun tidak berlaku di tempat yang dirancang, penganjur melakukannya secara ‘flashmob’.

Turut kelihatan, penyampai Radio Free Sarawak, Peter John Jaban, beberapa ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

“Tiada tindakan yang demokratik semasa pelantikan bekas Ketua Menteri yang menjadi TYT,

“Banyak calon yang lebih sesuai di luar bidang politik yang wajar diberi peluang menggalas tugas sebagai TYT,

“Tidak wajar bagi ahli politik menjadi TYT, yang penting jika seseorang itu bersih dan bebas daripada sebarang kritikan wajarlah seseorang itu menjadi TYT,” tegas Peter

Taib menjadi TYT ke-tujuh  dengan berdepan pelbagai skandal dan penyalahgunaan kuasa dimana masih d ibawah siasatan seperti yang dilaporkan beberapa blog dan berita online.

Dalam masa berasingan juga, Peter turut mengkritik kenyataan ADUN Semop, Abdullah Saidol yang berkata kebanyakan rakyat Sarawak menyokong Taib menggantikan Tun  Abang Muhammad Salahuddin.protest TYT1

“Taib dilantik sebagai TYT dan bukannya dipilih, bagaimana beliau (Saidol) boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian?,

“Pembangkang di Sarawak telah menang dengan undi popular semasa pilihan raya negeri yang lalu,” tambah beliau.

Peter juga menafikan pembabitan beliau dan kumpulannya dalam protes yang di Mahkamah lama.

“Saya tidak mempunyai idea siapa yang terlibat dalam protes terbabit kerana banyak NGO di luar sana,

Tetapi beliau mengaku mengambil bahagian dalam flashmob yang diadakan di beberapa pusat membeli-belah.

“Flashmob ini lebih kepada kebebasan bersuara dimana yang terdapat dalam perlembagaan,

“Sejak kita lahir, kita mempunyai hak untuk bercakap dan memberi pendapat.” tambah beliau.

Kumpulan protes dilaporkan sempat melakukan protes di hadapan rumah Ketua Menteri. - FMT

Tiada ulasan: