Khamis, 20 Mac 2014

Bekas pemimpin nasihat pengundi tolak PKR


KOTA KINABALU - Bekas Pengarah Strategi PKR Tuaran, Mohd Fairuz Bandar menasihati pengundi di Kajang dan Balingian agar menolak PKR kerana parti itu hanya tahu menabur janji.

"Dia (PKR) pandai tulis, dia pandai karang apa sahaja, dia boleh karang sampai bulan, sampai langit tetapi sebenarnya dari segi tindakannya, jauh panggang dari api.

"Jadi kepada pengundi Kajang dan Balingian, jangan terpedaya dengan janji-janji palsu PKR ini kerana bagi kita di Tuaran ini sudah merasai betapa peritnya menanggung janji palsu ini," katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Katanya beliau tidak mahu melihat masyarakat di Kajang dan Balingian membuat kesilapan sepertinya.

Jangan biarkan negara ini tergadai disebabkan janji kosong mereka, katanya. Proses pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang akan berlangsung pada Ahad ini, manakala Balingian pada 29 Mac.

Kedua-dua kerusi itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional dan PKR. - Bernama

1 ulasan:

cannonkapit berkata...

Terima kasih sdr Mohd Fairuz.Maklumat begini amat berguna kpd pengundi2 Balingian khasnya.

Tepat sekali PKR hanya pandai bercakap dan buat janji.Jgn kita ditipu dgn janji manis PKR.Penduduk2 Tuaran dah tahu cerita pembohongan PKR.Maka kita jgn percaya dgn PKR.Cukuplah buat onar di Kajang.Laki tak layak bini pulak dicalonkan.