Jumaat, 28 Mac 2014

BN mampu majoriti besar di Balingian


Barisan Nasional (BN) yakin mampu memperoleh kemenangan mudah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, esok, berikutan keyakinan pengundi terhadap keupayaan kerajaan membawa lebih banyak kemajuan. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata berdasarkan kepada sokongan penduduk, khususnya 13,366 pengundi termasuk pengundi awal, calon BN, Yussibnosh Balo mampu memperoleh majoriti lebih besar. 

Katanya, keyakinan itu didorong oleh kepercayaan rakyat terhadap keupayaan BN untuk membawa lebih banyak kemajuan ke DUN Balingian dan kawasan sekitarnya, sekali gus meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat. 

BN adalah juara rakyat dalam menyelesaikan pemasalahan setempat dan di seluruh negara, begitu juga di DUN Balingian. PKR atau mana-mana parti pembangkang tidak mampu mempengaruhi rakyat dan mengikis keyakinan mereka terhadap kerajaan BN. 

Sepanjang 12 hari berkempen, kita boleh melihat pembangkang ketandusan modal untuk meraih sokongan rakyat. Bagi BN, kita tahu pemasalahan setempat dan pelbagai usaha dilaksanakan bagi mengatasinya atas dasar prihatin terhadap keperluan rakyat, katanya. 

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Program Inap Desa Tanjung Pedada, Kampung Tanjung dan Kampung Bunut di Kampung Seberang Alo di sini, semalam. 

Hadir sama, Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Yussibnosh. 

Muhyiddin berkata, walaupun Balingian dilabelkan antara kubu BN Sarawak, terutama ketika diwakili bekas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, jentera parti BN tidak boleh mengambil mudah kerana pembangkang sentiasa mencari peluang untuk bertapak. 

Kita (BN) memang boleh menang (PRK DUN Balingian)... ini memang kawasan kita.

Bagaimanapun, apa yang kita mahukan dalam pilihan raya kali ini ialah kemenangan dengan majoriti lebih besar. Sebabnya, kita tahu sebahagian besar daripada 13,366 pengundi di kawasan ini adalah penyokong tegar BN, katanya.


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: