Sabtu, 29 Mac 2014

Calon BN Yussibnosh, selesai mengundi

MUKAH: Calon Barisan Nasional (BN), Yussibnosh Balo, mengundi di Dewan Serbaguna Kampung Tellian Tengah, di sini, jam 9.20 pagi ini.

Beliau tiba di pusat pengundian dengan diiringi isterinya, Elizabeth Nelson pada jam 8.50 pagi.

Calon PKR, Abdul Jalil Bujang, bagaimanapun tidak mengundi di DUN Balingian kerana beliau mendaftar sebagai pemilih di DUN Jepak dalam Bahagian Bintulu.


Posted via Blogaway

Tiada ulasan: