Isnin, 17 Mac 2014

Chumang Nyambong dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Chumang Nyambong
KUALA LUMPUR - Dua setiausaha politik hari ini mengangkat sumpah menyimpan rahsia di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini.

Chumang Nyambong dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun dan Mohd Rafi Alli Hassan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Chumang sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Daerah di Pejabat Daerah Julau, Sarikei, Sarawak, manakala Mohd Rafi pula adalah Ketua Pemuda Umno bahagian Labuan.

Kedua-dua setiausaha politik baharu itu ketika ditemui Bernama berkata mereka berazam untuk melaksanakan tugas dan amanah dengan sebaik mungkin.

"Jawatan baharu ini merupakan satu amanah dan kepercayaan, yang akan saya pegang dan laksanakan dengan penuh komited dan gigih," kata Chumang.

Majlis itu turut disaksikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. - Bernama

Tiada ulasan: